About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

Perbualan dengan ayah.

| Tuesday, November 8, 2011
Bismillah ar Rahman ar Raheem.
Baru2 ni, saya berada dalam kereta dalam perjalanan pulang dari suatu tempat. Petang itu, cuaca agak buruk. Separuh dari perjalanan kami, ditemani oleh kilat, guruh, dan hujan. Kami berdua memerhatikan satu fenomena yang sangat menarik. Di atas satu jalan yang lurus, kami dapat lihat, sebahagian daripada jalan itu basah akibat hujan yang turun, manakala sebahagian lagi amat kering, dan langitnya cear membiru, meskipun tiada matahari kelihatan.
Ayah pun berkata, hujan ni macam paip air. Ada seperti injap yang boleh buka dan tutup dan ianya berada di pelbagai tempat. Kalau Allah nak tutup satu paip air tu, tempat tu tidak akan turun setitik air pun dari langit. Kalau Allah buka, ada tempat yang diturunkan hujan yang amat lebat, manakala ada pula yang renyai2 sahaja. Sungguh menakjubkan, mashaAllah.
Bila ayah berkata demikian, terus saya teringat kembali bibit2 bulatan gembira kami yang baru sahaja berlalu, membincangkan mengenai tafseer surah Al-Mulk. Ayat yang terakhir difirmankan Allah di dalam surah tersebut adalah:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?."
SubhanAllah. Memang sangat menarik. Cuba kita bayangkan diri kita berada di zaman Rasulullah, di bumi Makkah waktu itu. Di sekelilingnya padang pasir, matahari panas membakar. Dan air itu merupakan suatu sumber yang sangat penting bagi manusia pada waktu itu [dan juga sekarang]. Jika tiba2, Allah tidak menurunkan hujan, dan sumber air menjadi kering, bagaimanakah manusia dapat melalui kehidupan pada waktu itu?
Tetapi, rata2 kita, pada zaman sekarang, mendapatkan semua kemudahan di muka bumi ini. Di dalam rumah dilengkapi bekalan elektrik dan air. Tanpa perlu bersusah payah untuk mencari sumber air. Jikalau tiada, dengan segera kita menelefon pihak2 yang berkaitan, yang menguruskan mengenai bekalan air ke kawasan perumahan kita.
Dan dengan segera, kita terlupa untuk bersyukur atas kurniaan Allah ini. IYA. BENAR. KITA TERLUPA. Amat susah sekali untuk kita mengucapkan ALHAMDULILLAH di atas setiap nikmat yang kita ada. Bila kita fikir2kan dan renung2kan, kita sebenarnya tidak boleh melakukan apa2pun atas dunia ini. Tanpa izin Allah, utk mengangkat satu jari kita pun tidak boleh. Apatah lagi menurunkan hujan.
Jadi, mengapakah kita begitu sukar sekali menggununakan nikmat bibir, lidah, akal, saraf2 yang kita ada, untuk mengucapkan rasa syukur kita kepada Allah? Begitulah firman Allah:
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. [Surah Saba'(34) :13]
Tidakkah kita merasa yang seluruh kehidupan kita ni, walaupun kita habiskan dengan beriman dan beramal soleh hanya kerana Allah semata, masih tidak cukup untuk membalas semua nikmat yang Allah berikan kepada kita? Jika kita habiskan kehidupan kita, untuk mengira nikmat2 yang telah Allah berikan kepada kita, ianya tidak akan terhitung. Kerana terlampau banyak nikmat yang diberikan kepada kita. Tetapi, amat sedikit sekali dari kita yang bersyukur.
Memetik kata2 seorang sahabat yang meletakkan ianya sebagai status mukabuku beliau baru2 ini:
Everyday may not be good, but there's something good in every day.
Kadang2, bila kita renungkan kembali, mesti kita akan jumpa suatu hadiah dari Allah yang akan membuatkan kita senyum sendirian setiap hari. Ianya kadangkala muncul dalam sesuatu yang paling kita tidak jangkakan, seperti melihat orang yang tidak pun mengenali kita, memberikan senyuman yang amat manis kepada kita [ada ke senyuman pahit?] :).
Jadi, apakah alasan kita sebenarnya, untuk tidak mengucapkan dan menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah SWT?
Jadi saya nak tutup tulisan kali ini, dengan satu ayat dari surah Ar Rahman. Surah ke 55 di dalam Al Quranul Kareem.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Moga kita lebih membasahkan lidah dan hati kita, dengan zikrullah insyaAllah.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

credit to,
NFAH
(akhawat BFG)
Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine