About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

IKRAM UKE

|
Read more »
IKRAM UKE
Misi IKRAM UKE
IKRAM beraspirasi untuk menjadi sebuah jamaah Islam yang mengarusperdanakan dakwah di UK & Eire, yang mendokong fikrah Islamiyyah sejagat melalui sistem tarbiyyah yang syumul, terancang dan berkesan, demi menghasilkan para du’at yang beriltizam dan berintizam, di mana sahaja mereka berada.
Objektif IKRAM UKE
  • Mendokong cita-cita dan aspirasi Islam
  • Melaksanakan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat amnya dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya
  • Menggembeling tenaga pelajar-pelajar Malaysia dalam membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab
  • Mendokong konsep kesatuan berdasarkan prinsip-prinsip Islam
  • Memenuhi tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w


Logo IKRAM
Makna lambang IKRAM ialah seperti berikut:
i. Huruf Arab “alif” dan huruf Roman “i” adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Integriti.
ii. Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi “alif” dan warna hijau bagi “glob”. Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran sejagat. 
Logo IKRAM merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu “alif”; dan sebuah “glob” atau “dunia” di atas “alif”. Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini boleh dilihat sebagai huruf Roman “i”. Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan pencantuman dan penindihan antara “alif” dengan “i”.


Lagu IKRAM
 
Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010
 
Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan
Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan
 
Aktiviti IKRAM UKE
  • Aktiviti Tarbiyah: Halaqah, Daurah, Kelas al-Quran, Program Rmadhan, Kuliyah Online
  • Aktiviti Kademik dan Motivasi: BOOM (Blooming Out of Mediocrity), SeSI (Seminar Sistem-sistem Islam), PMS (Perhimpunan Musim Sejuk), Boost Up!, JOM (Journey of A Muslim)
  • Aktiviti Sukan dan Lasak: Spring Camp, Summer Camp, PERKEMAS (Perkhemahan Musim Panas), Tamrin Rijal & Nisa’, Jaulah Europe
  • Aktiviti Kemasyarakatan dan Anak-anak: Kutipan Tabung Misi Kasih, Program Umrah dan Haji, Perkhidmatan MSM Kargo, Misi Kasih Palestin, Tunas Taqwa Fan Club
  • Malajah: BICARA, Nur Ramadhan
Read more »

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine