![]() |
[Kredit] |
Menyanyikan lagu 'Sebiru Hari Ini' dendangan Edcoustic bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang. Kemudian mengaminkan pula bacaan doa Rabithah yang sungguh syahdu lagi mengharukan, sambil berpaut lengan dengan mereka semua.
Manis.
Mengucapkan selamat tinggal kepada seorang akh Super Saiya yang begitu banyak kenangan masam masin manis kepam bersamanya, yang akan ke seberang laut untuk bekerja. Sebak juga dibuatnya. Sedar tak sedar, basah juga mata disebabkan habuk yang banyak di sekeliling *koff koff*. Kemudian ada pula sesi suap-menyuap kek cokolat, yang rasanya luar biasa lazat kerana ditambah dengan perisa ukhuwwah yang penuh mahabbah dan mawaddah keranaNya.
Manis.
Ke surau di sebuah kompleks beli-belah terkenal di ibu negara. Kechiwa kerana semuanya solat bersendirian dan tiada siapa yang nampaknya percuma untuk solat bersama. Dengan rasa berat hati, mengambil keputusan untuk solat bersendirian, tapi dengan penuh harapan, agar ada yang sudi melantik diri ini menjadi imam. Maka sengaja berdiri untuk solat di tengah-tengah ruangan solat. Terus berdoa di dalam hati agar adalah yang mahu berjemaah bersama. Tatkala hati sedang khusyu' melafazkan al-Fatihah di rakat pertama, terasa ada tangan yang menepuk bahu. Tersenyum. Allah, begitu cepat kau makbulkan doa hambaMu yang hina ini..?
Manis. Sumpah manis!
-gabbana-
Kita merancang, dan Allah juga merancang. Ketahuilah, dan yakinlah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Dan walaupon kadangkala kita merasakan peracanganNya itu pahit, percayalah, ia sebenarnya manis untuk kita. Sumpah manis!

0 comments:
Post a Comment