Cuaca di luar sekarang sangat tak menentu. Just expect the unexpected, bak kata jururawat yang saya temui siang tadi. Kejap hujan, kejap matahari terang benderang, tapi tiba-tiba boleh gelap kembali dengan hujan mencurah dan angin yang tersangatlah kuat. MasyaAllah! Jika sedang mengayuh basikal di tengah jalan pasti melayang. Boleh terbang dan jatuh ditengah jalan mungkin…
Eh. tapi I have nothing against the weather.
Malah, saya sangat bersyukur atas nikmat cuaca yang Allah berikan di sini. Hujan yang membawa rahmat dengan tiba-tiba dan matahari yang membawa sinar kehidupan yang baru. Dua suasana dan cuaca yang berbeza tetapi memberi seribu makna buat manusia dan alam ini.
Dan sungguh! Banyak pengajaran yang kita boleh derive dari aturan Allah ini… Tapi. Dengan syarat kita ambil masa untuk berfikir dan merenung alam ini. Jadi, mari kita merenung tentang hujan...
Bayangkan.
Satu hari yang biasa. Terang dan tenang. Beberapa hari sudah tak hujan, kemudian hujan turun mencurah-curah. Rasa rindu bukan dengan ciptaan Allah yang satu ini?
Hujan umpama satu teduhan yang membanjiri jiwa kita dengan ketenangan. Umpamanya, hati kita sedang bergabung dengan alam dan sama-sama dibasahi titisan kasih sayang Allah dari langit yang tidak terkira.
Bagi sesiapa yang tak pernah mencuba, silalah try berjalan di bawah hujan sambil menikmati titisan-titisan halus tersebut. Asyik! Sungguh asyik! Nak menangis pun boleh. Kerana tiada siapa yang akan perasan. J dan kita akan rasa seperti dibasuh-basuh. Seriously.
Dan pabila berada di dalam rumah, cuba jenguk keluar tingkap. Lihatlah bagaimana bumi ini dalam sekelip mata basah sebasah-basahnya. Perhatilah bagaimana titisan-tisan hujan itu melakar lukisan halusnya di tingkap kita. Renunglah bagaimana hujan itu membasuh bumi (dan udara) dengan lembutnya. Bertasbih dan bertahmidlah dan biarkanlah jiwa kita dibawa bersama ketenangan, kebersihan dan kejernihan alam di luar. Serene and silent but not still.
Dan paling penting, rasa dekat dengan pencipta hujan dan alam ini seluruhnya.
Yang menciptakan dan mengatur ciptaanNya. Yang Ar-Rahman dan Ar-Raheem kepada hamba-hambanya. Yang menghidupkan selepas mematikan.
And among His Signs is that He shows you the lightning, for fear and for the hope, and He sends down water (rain) from the sky, and therewith revives the earth after its death. Verily, in that are indeed signs for a people who understand. (Ar-Ruum: 24)
Bak kata Dawud Wharnsby Ali dalam lirik lagunya, ‘Life returns’…
…God hears and rains come,
wetting and washing the world.
Flushing and flooding the clay,
spilling and splashing...
Life returns.
Mari mentadabbur alam. Dan buka hati kita seluas hati Nabi Ibrahim as dalam pencarian TuhanNya.
Every single thing matters.
Every single creation has a reason.
Every single thought counts.
-Tanah yang basah dengan rahmat Allah-
0 comments:
Post a Comment