2 hari yang lepas ayah berkongsi dengan saya Kisah Orang Asli yang baru masuk Islam. Well, kisah ini tujuannya adalah lawak semata-mata, tapi Allah mcm memang plan je utk saya dgr kisah nh. Kisah die pendek je; ade seorang Orang Asli nh setelah masuk Islam, diberitahu oleh pendakwah tuh bahawa:
"Kamu jangan makan monyet, haram. Makan ayam buleh."
Lalu orang Asli tadi tanya kembali, "Kenapa x boleh? Kotor? Monyet kan gayut kat atas pokok, dia makan buah-buahan je sepanjang hari. Ayam pula duduk atas tanah, makan tanah dan najis-najis."
Saya pun gelak la, memang mencuit hati dengan 'ketajaman akal' orang Asli dalam kisah nh. Tadi kan saya kata time dengar kisah nh terasa macam Allah memang plan jer timing die. Sebabnya saya baru habis baca muka surat 677-680 dalam Fiqh Sirah 3. Muka surat tuh ada kisah pesanan Rasulullah SAW kepada Musa Al-'Ashari dan Muaz bin Jabal ketika mereka diutus ke Yaman:
Berikut adalah berdasarkan petikan asal; diubahsuai sedikit, moga-moga mesejnya masih jelas iA:
Musa Al- 'Ashari dikirimkan ke Yaman juga bersama Muaz bin Jabal. Mereka berpisah masing-masing menuju ke arah pedalaman. Baginda berpesan kepada mereka berdua maksudnya:
"Kamu berdua hendaklah memudahkan, jangan menyusahkan; pergemarkan, jangan membencikan hingga orang lari, usahakan sedaya upaya."
Kepada Mu'az, maksudnya:
"Engkau akan pergi kepada orang-orang Ahlul-Kitab, bila mereka berkumpul serulah mereka supaya bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, kalau mereka patuh kepada engkau beritahukan kepada mereka patuh juga yang ini: beritahukan kepada mereka sembahyang lima waktu sehari semalam, kalau mereka patuh juga yang kini beritahukan kepada mereka bahawa Allah telah fardhukan ke atas mereka sadaqah yang diambil dari yang kaya mereka dan diberikan yang miskin dan fakir mereka. Jauhilah penyanyi-penyanyi mereka dan takutilah do'a orang yang dizalimi, kerana tidak ada dinding yang menghalang diantaranya dengan Allah."
Said Ramadhan Al-Buti menjelaskan antara pengajaran terpenting daripada kisah pesanan Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal adalah ia menjadi dalil kepada sebahagian peraturan dan adab sopan yang harus dimiliki oleh pendakwah kepada Allah semasa melaksanakan dakwah; be it ketika sedang mengajar ataupun hendak menarik perhatian orang dengan sikap sebagai seorang Muslim.
Antara peraturan dan adab dalam berdakwah itu hendaklah banyak menggunakan cara yang lembut dan mudah, tidak keras dan sempit. Hendaklah berpegang kepada dasar pujuk lebih banyak daripada ugut dan gertak.
Said Ramadhan Al-Buti menyatakan 'ugut dan gertak' itulah yang dinamakan oleh Rasulullah SAW sebagai "Tanfir" (membuat orang lari). Huhu..Tugas dakwah seorang pendakwah itu berperingkat-peringkat, seperti dalam pesanan Baginda SAW; serulah manusia kepada dua kalimah syahadah, kalau mereka sudah menerimanya barulah disuruhkan mereka sembahyang...dan seterusnya.
Tapi, sikap pujuk dan lembut hendaklah jangan terkeluar dari batas-batas yang disyariatkan dan diharuskan. Bukan bermudah yang dimaksudkan dan disyariatkan itu hingga boleh mengubah dan mengalih hukum-hukum Islam atau mempermainkan kefahaman Islam kerana hendak bermudah dengan manusia, atau membiarkan maksiat berlaku walau apa keadaannya, walaupun dalam memilih wasilah (jalan) yang patut digunakan untuk membanteras maksiat itu ada kesamaran dan keraguan.
InysaAllah bukan niat saya untuk mengajak anda membahas wasilah-wasilah itu, tapi ketika ayah saya bercerita ttg Kisah Orang Asli tadi, terlintas dalam fikiran saya:
Adakah pakcik pendakwah itu telah membaca muka surat 677-680 dalam Fiqh Sirah 3 ini? InsyaAllah he has.^^
p.s. Islam itu indah. The thought that 'Islam is so serious and constricting' stemmed from lack of knowledge and understanding about Islam itself. Dari 'Tak tahu' akan jadi 'Takut nak tahu'. Cuba kita renung sejenak, adakah level knowledge kita ttg Ad-Deen kita sekarang sama level je spt zaman sekolah menengah dahulu atau meningkat dan mendalam lagi? Level A1 time SPM dalam Pendidikan Islam? Hopefully tak menyusut.
Wallahua'alam.
p.s. 2- Rasulullah SAW is such a kind man to his Ummat:)
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." Ali-Imran 3:159
"Sampaikan dariku walaupun satu ayat"-Hadis Riwayat Bukhari |
0 comments:
Post a Comment