Adakah anda pernah membaca kisah Perang Tabuk? I'm sure most of you insyaAllah have; kalaupun tidak penuh, tp kisah Kaab bin Malik yg tidak mengikuti perang Tabuk lalu 'didenda' Allah selama 50 hari mmg femes, kan? (buleh rujuk Sahih Bukhari dan Muslim for the full Kaab's story).
Alhamdulillah recently dpt sy membaca sekali lagi kisah perang Tabuk ini. And the real great thing about sirah/history is, no matter how much you re-read the same story again n again, it will never be lapuk.
Contoh mcm Nat Geo channel atau Discovery channel, or more specifically History ch on Astro (the new HD channel has really great visual!); sy yakin byk je tajuk2/topik2 yg bukanlah pertama kali sy tengok/dengari kt channel2 tersebut; tp nak kata bahawa knowledge itu sgt luas; it is so vast that the more we dig and look; deeper and deeper, the more we can get. Apatah lagi Allah SWT mengulang2 banyak kisah2 serta teguran dan peringatan malah ganjaran2 syurga di dalam Al-Quran. Because seperti tagline History Channel: History made everyday. ^_~
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya." Az-Zumar 39:23So, janganlah takut apatah lagi malas untuk mengulangkaji pelajaran^^ especially Kalamullah dan hadis2 Rasulullah, okay?
********************************************
Perang Tabuk adlh perang yg diakhiri tanpa berlakunya pertumpahan darah. Ketika mana tentera Islam telah smpai ke Tabuk tentera Rom sudah tiada di pandangan; the enemies have flee the place days earlier kerana Allah telah mencampakkan rasa takut ke dalam hati-hati mereka. Malah tentera Rom pula telah dtg menyerah diri kpd Rasulullah SAW. Allahuakbar!
Sy ingin mengajak everyone untuk renung kembali perjalanan tentera Islam ke perang Tabuk: mereka diuji dengan ujian yg sgt saaaaanggaatt hebat. Madinah sedang dipenuhi dgn kebun2 yg berbuah ranum ketika Rasulullah SAW mengajak mereka menempuh padang pasir yg sgt panas ke suatu tempat yg memakan masa berbulan2 lamanya hanya untuk tiba; belum perang lagi tuh. Jalan je dh panas terik, unta kena gilir2 naek 2-3 orang, kasut-kasut koyak, ada unta yg terpaksa disembelih untuk dptkan air dan dagingnya untuk hidup dan mcm2 lagi.
they had to go through all that and in the end!! Tiada musuh untuk dibunuh.
Aish, ada rasa menyirap x darah? Hehe..ke sy je yg rs menyirap darah?
Keadaan ini sbnrnye sgt similar dgn a few peristiwa2 yg pernah sy hadapi, and im sure most of you have as well.
those situations yg awal2nya kita seperti dlm dilemma; nak buat ke tak? pastu ia mnjadi perlu buat atau xperlu buat? pastu jd patut buat, atas dasar adab la, manners la, tanggungjawab la etc3 seribu mcm alasan yg akhirnya walaupun kita rs xpe kalau x buat tp kalau kita xbuat skrg, takut sgt akan menyesal nnti. so in the end kita pun buat...kita pun berjalan lah meninggalkan rumah dgn half-hearted-nya; knowing that dahlah badan aku penat skrg, nnti balik mlm2 kang penat lg, pastu pergi pun ntah ape nasib in the end...esok pulak kena bangun pagi ade kerja laen lg and so on.
pernah x anda alami keadaan sebegini??
begitulah tentera Islam ketika perang Tabuk. bezanya, mereka perlu melalui pdg pasir yg sgt panas serta bergadai nyawa, as compared to kita yg kdg2 naik bas je untuk smpai ke destinasi. bergadai nyawa? x valid sungguh perbandingan itu kan.
lalu apabila hasil fizikalnya tidak dpt digapai dgn tangan, kita bertanya2: Untuk apa aku buat semua ini?? aaaa...tension x!!! Nak cekik orang, orangnya pun tiada!
Tapi!!
Adakah Rasulullah SAW dan tentera Islam pulang dengan tidak membawa ganjaran langsung??
No.
Mereka yg menjawab seruan Allah dan RasulNya telah menang melawan nafsu mereka yg ingin tinggal bersama keluarga dan kebun2 yg indah.
Mereka menang dr dibelenggu harta-benda kerana menginfakkan harta2 malah nyawa fi sabilillah.
Mereka menang kerana berjaya mnjadi orang2 yg sabar berjalan kaki di tengah panas dan berjaya dipilih menyaksikan keistimewaan Rasulullah memberkati makanan mrk (unta seekor cukup untuk dimakan seluruh tentera Islam!).
Mereka berkata api neraka itu lebih panas.
Mereka menang krn selamat dr menggolongkan diri bersama2 org2 Munafik.
Mereka menang krn berjaya membuktikan bhw biar susah dan senang; setiap saat berjalan bersama2 Rasulullah SAW itu lebih indah dan mendamaikan.
Tidak penting habuan dunia, asal pulang nanti aku bersama-sama Allah dan RasulNYa. (Recap kata-kata Rasulullah SAW kpd org2 Ansar post-Perang Hunain; menitis air mata mmbacanya..T___T)
Oleh itu kawan2, apakah neraca timbangan kita dlm hidup ini?
Selalukan kita mengharapkan ganjaran yg berbentuk fizikal drpd setiap usaha kita? Contoh paling dekat, kalau dh study utk exam, nk results yg gempak. Nak tengok atas screen komputer perkataan PASS or better, HONOURS. Tapi, ada x kita wonder sama ada iman kita dpt results yg sama atau x?
Adakah kita mempunyai perasaan yg sama, berfikiran yg sama spt sahabat2 yg mengikuti Rasulullah dlm perang Tabuk?
Atau adakah pd kita, yg baik itu lain, yg best itu lain, yg buruk dan merugikan itu lain drpd apa yg difikirkan oleh para sahabat Rasulullah?
Tanya lagi pd diri, apakah kemenangan yg berjaya dicapai dalam hidup kita selama ini. And cross-match them to kemenangan2 para sahabat di atas. Sama atau berbeza?
Tepuk dada tanya iman, moga2 Allah memberikan kita hati yg sejuk dan dekat perasaannya dgn perasaan Rasulullah dan para sahabat:)
“And this life of the world is only amusement and play! Verily, the home of the Hereafter is the real life if they but knew”. [Noble Quran 29:64] |
0 comments:
Post a Comment