About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

Wahai Ghulam!

| Monday, April 11, 2011
Aku ingin menjadi penakut.
Jika itu maknanya aku diam apabila dimarahi.
Jika itu maknanya kelembutan hati ini terpelihara.
Jika itu maknanya lidah ini suci dari kata sia-sia.

Aku ingin menjadi bodoh.
Jika itu menutup kejahatan manusia dari hatiku.
Jika itu menghalang kekejian manusia difahami akalku.
Jika itu menolak hasutan manusia atas manusia lain.

Ini adalah prinsipku.
Kerana kesatuan hati itu sukar, maka biar aku yang merasakan sukarnya,
bukan orang lain.
Kerana memberi rasa itu memeritkan, bagaimana boleh aku mengharap pada mereka untuk memahami,
jika mereka tiada sesiapa untuk disakitkan.

Mungkin aku dipandang dengan ragu
mungkin aku dilihat tidak memberi apa-apa
tapi bukankah dalam kesepian manusia hanya inginkan penerimaan?

Hati yang keras
Mudah membuat anggapan
Menutup peluang untuk manusia
adalah perkara yang paling hodoh bagi aku
dan aku tidak mahu menjadi hodoh.

Pada aku Islam itu indah
Islam itu luas
luas bukan kerana semata-mata coverage aspek hidupnya
luas kerana 'hati' Islam itu luas.
Selagi 'La illaha illallah' tertanam dalam hatinya
selagi itu aku ingin menjadi sahabatnya.

Ingin menjadi setinggi gunung yang tertinggi
ingin menjadi manusia paling 'luas' hatinya
agar tiada manusia yang merasai kesedihan ditinggalkan
agar tiada manusia merasakan tiada sesiapa yang bersedia menerimanya.

Maka aku takutkan hatiku pada sesetengah orang
aku bodohkan diriku pada yang lain
aku sakitkan hatiku mencuba memahami
aku pohonkan sabar dari Tuhanku atas jalan ini.

Wahai Hati,
jadilah seperti Abu Bakr yang sentiasa membenarkan Al-Haq
jadilah seperti Umar Abd Aziz yang sering menangis sehingga tertidur
jadilah seperti Rasulullah yang sentiasa tersenyum dan menyuap mulut pembencinya.

Dakwah kita adalah ke atas hati manusia, bukan akalnya, dan jangan emosinya. Kerana akal itu dangkal walhal emosi itu paling cepat padamnya tetapi paling dahsyat kesilapannya.

"Wahai Ghulam! sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah:

Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu.

Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-Nya bersamamu.

Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah.

Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Ketahuilah! sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu,
mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.

Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasnya, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu.

Telah diangkat Qalam dan telah keringlah lembaran."

(Diriwayatkan Imam Tirmizi)
 
18 Mac 2011 Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine