About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

Kita Punyai Allah...

| Monday, August 1, 2011

Kita punyai Allah…

Pada suatu petang yang hening, saya sedang asyik berkemas-kemas barang keperluan untuk menyambut kelahiran anak kedua kami…pelbagai sampah sarap dan barang-barang yg tidak diperlukan memenuhi rumah kami dan perlu dibuang atau di’recycle’..turut sama barang-barang yang saya kemas-kemas tersebut ialah barang-barang ‘architecture’ yang saya buat dan gunakan masa sesi pembelajaran tempoh hari…banyak ‘drawings’ dan kertas-kertas conteng yang tidak dipakai lagi saya sumbatkan ke dalam plastik sampah…

Para sahabat yg mengambil jurusan architecture atau seni bina ini pastinya tahu akan kesusahan dan ‘tension’ mengemas ruang studio (tempat membuat kerja) setiap kali selepas selesai submission ataupun presentation..lantai sudah tidak kelihatan kerana dipenuhi kertas, dinding hanya penuh dengan tampalan lukisan-lukisan draft, ‘details construction’, contengan gambar ‘Ultraman’ ataupun muka Sir Alex Ferguson, dan deadline yg perlu dikejar…pisau-pisau dan gam-gam yg digunakan utk membuat model kelihatan berada di merata-rata tempat…lebih menarik lagi mungkin ada yang pernah menggunakan buku tebal architect’s data ataupun Oxford Dictionary untuk melapik laptop supaya laptop tidak menjadi panas… perkara ini tidaklah terjadi terhadap saya kerana saya tidak mempunyai laptop.. :)

 

Beratus-ratus kertas contengan saya buang kedalam plastik hitam, dan beberapa model buruk juga saya buang… hinggalah tiba-tiba saya terpegang satu model bangunan (study model) yg saya buat untuk projek tesis tempoh hari… model tersebut sangatlah simple dan biasa, maklumlah study model, bukannya final model…tangan saya pantas mencapainya dan ingin membuang ke dalam plastik sampah, namun tiba-tiba hati saya terasa sangat sayu dan sedih untuk membuangnya memandangkan masa dan tenaga yang saya ambil untuk membuat model tersebut adalah agak lama….lama saya renung dan teliti model tersebut…kembali saya ambil dan letakkan kembali ke atas meja..

Namun, ‘arghh..model buruk je nih..buang ah!’..getus hati kecil saya beberapa minit kemudian dan tangan kembali pantas mencapai model tersebut untuk dibuang kerana rimas melihatnya di atas meja…namun belum sempat saya membuangnya, sekali lagi hati kecil saya menjadi sayu dan sayang terhadap model tersebut utk dibuang, dan timbul perasaan ingin menyimpannya sahaja…dua tiga kali juga proses tersebut terjadi, ‘nak buang taknak..nak buang taknak’, fikir saya…saya pasti perkara begini pernah terjadi kepada tuan-tuan dan puan-puan ketika mengemas rumah…mungkin mediumnya sahaja yang berlainan, mungkin baju-baju lama yg penah dipakai ketika kahwin, atau blender lama yang pernah memutuskan badan lipas ataupun lain-lain benda yang mempunyai nostalgia dan memori…akhirnya saya mengambil kata putus untuk menyimpan sahaja model tersebut..mungkin satu hari nanti bila saya terlihatkan model itu boleh mengingatkan kembali tentang pahit maung dan penat lelah saya dalam membuat projek tesis saya….

Ketika sibuk membuat keputusan dimana hendak disimpan model tersebut, terdetiklah dihati saya bagaimanalah tahap kasih dan sayang saya terhadap model yg biasa dan buruk itu hendak dibandingkan dengan kasih dan sayang Allah terhadap saya, hambaNya yang hina ini..kasih sayang saya ada batasnya tapi kasih sayang Allah tiada batasnya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang…sedarkah kita betapa sayangnya Allah terhadap kita? Walaupun kita dah melakukan banyak dosa dan tidak mengikut perintahNya, namun Dia masih lagi boleh memberi kita makan nasi, bergerak tanpa rasa sakit, menghirup udara yg segar, membangunkan kita dari tidur, memberi kita anak-anak, suami dan isteri yg baik, sahabat-sahabat yang baik, memberi kita pakaian, kereta dan rumah..dan macam-macam lagi, Subhanallah…….pernahkah kita bersyukur?…namun Allah kata, ‘kulilamma tashkurun (sgt sikit kita bersyukur)’…

Oleh itu rakan-rakan, janganlah mudah berputus asa dan kecewa andai terjadinya musibah ataupun dugaan kerana sesungguhnya kita punyai Allah..kita punya Allah yang sangat sangat sangat sangat sayangkan kita..Allah tidak mudah ‘membuang’ kita, Allah tidak akan sengaja membuatkan kita sakit dan miskin selain dari untuk membuatkan kita berfikir dan bertaubat, sedangkan kita pastinya akan dengan mudah untuk membuang barang-barang lama yang sudah tidak kita perlukan…ataupun koyakkan kertas kotor yang sudah tidak mahu dipakai lagi dan buang kedalam tong sampah….dan sedarilah, sebenarnya Allah tidak pernah perlukan kita, hanya kita yang memerlukanNya..sedangkan dalam kehidupan seharian kita, kita memerlukan benda-benda lama tadi untuk kegunaan harian kita…kita perlukan study model/kertas draft itu utk meluluskan tesis kita, kita perlukan blender lama untuk dijual di’Ebay’ bagi mendapatkan duit untuk membeli chicken kebab ataupun lamb ribs, kita perlukan gambar-gambar lama utk mengingat bagaimana terjadinya sesuatu peristiwa..dan secara tidak sedar apa yang kita reka/design/create contohnya model atau software komputer ataupun masakan ataupun barang-barang, sangat-sangat kita perlukan untuk diri kita sendiri..namun ini sangat-sangat berlainan dengan sifat Allah…Dia telah jadikan kita bukan sebab Dia nak minta tolong pada kita pun!!! Dia tidak pernah minta kita untuk bekerja mendapatkan makanan dan diberikan kepadaNya, tidak sekali-kali..


Jadi rakan-rakan, janganlah sesekali kita menjadi sombong dan bongkak utk tidak berdoa dan memohon hajat dariNya..jadikan Ramadhan kali ini sebagai bulan yang kita benar-benar meminta tolong kepada Allah dengan ikhlas..bulan yang benar-benar kita rasa diri kita adalah hamba..bulan yang benar-benar kita rasa kita tak akan mampu untuk beribadah sekalipun, tidak mampu untuk bangun sembahyang malam sekalipun, jika Allah tidak bantu kita..bulan yang benar-benar membuatkan kita menangis, meruntun hiba atas segala dosa-dosa kita..bulan yang benar-benar membuatkan kita menangis teresak-esak diwaktu malam kerana kita tahu, sesungguhnya tanpa Allah, Ramadhan ini tiada maknanya….sedarilah.. bahawa Ramadhan ini hanya akan benar-benar bermakna jika kita punyai Allah didalam jiwa kita….

Namun begitu, janganlah pula kita mudah melatah dan berputus asa bila berlaku sesuatu kepayahan dan dugaan yang amat hebat kerana kita juga tahu bahawa…kita punyai Allah…Allah yang Maha Penyayang…yang sedia membantu kita…

Oleh itu sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, dengan kedatangan bulan mulia ini, marilah kita sama-sama berusaha ‘mencari’ Allah utk kita lekatkan didalam jiwa kita, supaya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang benar-benar mengubah kita dan supaya kita dapat memasukkan Allah ke dalam jiwa kita buat selama-lamanya…

Wallahualam
Sekian, selamat beribadah

Short URL: http://ikramuke.org/v3/?p=1061 Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine