About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

vi·cis·si·tude(s)

| Sunday, May 8, 2011
Hari ini cuaca berubah-ubah dengan frequency yang agak rapid. 30 minit terang, 30 minit later mendung. Awan makin gelap, tapi hujan belum tercurah lagi.

Semalam ketika makan malam bersama-sama; pada pukul 830 malam, at which one of my sister said," Pukul 830 macam pukul 5 petang." Begitu lah perubahan musim di hemisfera utara ini. Kalau dahulu kita hanya belajar dalam buku geografi PMR, sekarang most of us students di oversea are now living them.

"Tengok, ade kapal terbang nak landing." Kata sister-ku itu lagi.

"Again. Benda yang sama juga, tiap-tiap tahun," aku jawab.

Dari jendela rumah kami, lampu-lampu lapangan terbang agak jelas; walaupun nun jauh di atas bukit sana.

Setiap tahun aku menyaksikan Ryanair, Aerlingus terbang di atas bumbung rumah kami menuju ke lapangan terbang itu. Setiap tahun juga pada musim ini, pukul 830 malam adalah seterang pukul 5 petang. Mungkin warna awan sahaja yang lain sket, tp begitulah suasana menjelang summer.

Dan tahun ini adalah tahun akhir aku di sini; tahun hadapan aku akan keluar, lalu tempat-ku di rumah ini akan diganti dengan orang lain. As simple as that.

That is life. Everything is the same: Life changes.

Tiada apa yang baru, tiada apa yang memelikkan. Kerana begitulah hidup ini dicipta oleh Allah SWT.

Segala makhluk ciptaanNya diubah-ubah dan diatur mengikut kesukaanNya. Dan hanya Allah sahaja yang senantiasa tetap dan Dia-lah yang Kekal.

Tahun ini aku di sini. Tahun depan entah di mana aku berada. Even tomorrow is a mystery.
"Tiada jiwa mengetahui apa yang ia akan mengusahakan esok, dan tiada jiwa mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari." (Luqman 31:34)
Tapi Tuhan tetap ada. Tiada apa pun yang boleh mempengaruhiNya.

Allahuakbar!
Panas atau hujan; semuanya dibawah kuasa Allah SWT
Source: SuperPudding
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. (26) Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (27)" (Ar-Rahman 55:26-27)

7 Mei 2011
-Azimuth's ramblings- Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine