About Us

About Us
Brotherhood, the Foundation of Glory. (IKRAM Ireland is a part of IKRAM UK-Ireland)

Spring Camp is back for 2012!

Spring Camp is back for 2012!

Visit Our Facebook

Visit Our Facebook
Also look out for IKRAM Dublin Facebook

Keblinger

Keblinger

Rumah Terbakar

| Tuesday, May 10, 2011

Rumah terbakar..apa tindakan kita?


Situasi 1

"eh ada rumah terbakar la! cepat2! Mesti dah teruk mangsa-mangsa kat dalam tu!" kata seorang bomba kepada rakan-rakannya yang lain.Mereka pun bergegas dan terus bertungkus lumus memadamkan api dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang berada dalam kesusahan tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Orang ramai yang lalu lalang pun turut membantu untuk memadamkan kebakaran.. "waahh..lega..nasib baik semua selamat.."

Cuba fikirkan, kenapa bomba-bomba tu semangat nak menyelamatkan mangsa-mangsa dan memadamkan kebakaran tu? Pertama, kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai bomba untuk menyelamatkan mangsa. Dah kerja mereka kan? Mestilah mereka berkhidmat bila keadaan memerlukan. Tak kerja tak dapat gaji. Dan orang ramai yang menolong pula di sebabkan meraka ada kesedaran dan perikemanusiaan untuk membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan.

 
Situasi 2

"haiih..mesti panas kan orang-orang kat dalam tu..ish-ish... kesiannya.apa la nak jadi kan..dah teruk dah api ni..."kata seorang lelaki yang lalu di depan sebuah rumah yang terbakar. Kemudian pakcik bomba pula berkata, "eh relaks la dulu.main dam dulu..duduk-duduk dulu ke..penat la datang sini..api pun takdela teruk sgt lagi.mangsa pun okay je kot.."

Logik ke situasi yang terjadi kat atas..tak kan! kenapa tak logik? Sebab bomba sepatutnya bertanggungjawab untuk memadamkan api tu. Orang-orang yang lalu lalang pun patut membantu memadamkan api dan menyelamatkan mangsa atas dasar kemanusiaan. Zalim kan mereka kalau buat macam tu?

Analogi di atas digunakan sebab sesuai dan mudah untuk dipadankan dengan kewajipan kita dalam dakwah. Bomba tu boleh diumpamakan seperti diri kita sendiri, dan mangsa-mangsa sebagai orang dan masyarakat di sekeliling kita. Sama sebagai kerja bomba untuk memadamkan api, kita juga bertanggungjawab (wajib) sebagai muslim untuk berdakwah. Jika kita berdiam diri dengan kemungkaran dan perkara-perkara yg tak sepatutnya berlaku, sifat kita samalah seperti golongan di dalam situasi ke-2 tadi, iaitu tidak cuba menegur dan mengubah mereka dari melakukan dosa dan kesilapan yang boleh menyebabkan mereka diazab di atas kesilapan mereka nanti. Tidakkah kita berlaku zalim dengan membiarkan benda yang salah berlaku sedangkan kita tahu perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku? Tambahan lagi bila kita tahu dan sedar akan kebenaran, dan orang-orang itu terdiri daripada keluarga dan kawan-kawan kita sendiri.

Sabda Rasulullah SAW "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.. "Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kitalah yang sepatutnya menyambung kerja dakwah Islam. Walaupun cuma sedikit ilmu yang kita ada, sepatutnya ia dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. "Itu kerja ustaz-ustaz dan org alim je..aku ni pun macam apa je, macammana nak dakwah and betulkan orang.." Selalunya ini lah yang bermain dalam fikiran kita. Tapi betul ke? Sebenarnya dakwah adalah wajib ke atas semua muslim. Tak perlu tunggu hingga sempurna untuk berdakwah, kerana kesempurnaan tu akan datang sikit demi sedikit semasa kita berdakwah. Kalau kita ajak orang pergi kedai, takkan la dia pergi seorang diri? Kalau kita ajak org jalan-jalan pergi ke Paris, takkan lah dia pergi seorang diri dan kita duduk kat rumah je? Begitu juga, kalau kita suruh orang tutup aurat, adakah takkan terdetik dalam hati kita untuk buat benda yg sama?

Menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah keburukan sebenarnya ibarat cermin. Setiap perkataan kepada orang lain pun akan terpantul pada diri kita sendiri. Jadi bila semakin banyak kita berdakwah, semakin banyak kita memperbetulkan diri kita sendiri. "teruknya budak tu..merempit je keje..siap hisap dadah lagi.pakai pun tak senonoh.." Cakap belakang je tiada faedahnya, ibarat meludah ke langit kata orang melayu. Malah menambah dosa kita akibat mengumpat. Kita tidak perlu menunggu perkara yang tak kita ingini berlaku pada keluarga kita terlebih dahulu sehingga kita sedar tentang kewajipan berdakwah, kerana bila waktu itu sampai kita telah pun terlambat..

Adakah kita cuma memikirkan tentang kepentingan diri? Alhamdulillah kita sedar dan tahu apa yang baik untuk diri kita. Selalu beramal dan beringat-ingat. Tapi bagaimana dengan orang-orang lain yang perlukan peringatan? Tidakkah zalim sekiranya kita cuma simpan benda yang berharga ni untuk diri sendiri. Cuba bayangkan sekiranya kita berada di tempat-tempat orang yang melawan cakap ibu bapa, tak solat, dan bersosial tanpa batas. Tidakkah kita rugi dan sesungguhnya memerlukan peringatan? Sabda Rasulullah SAW " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri." Jika kita menginginkan syurga dan perkara yang baik untuk diri kita, seharusnya begitu juga yang kita fikir untuk orang-orang lain..

Jadi sama-samalah kita renung sejenak, dalam situasi manakah diri kita. Situasi 1 atau situasi 2? Lepas sedar tentang situasi rumah terbakar dan dakwah, adakah kita masih mahu membiarkan rumah terbakar dan berlengah untuk menyelamatkan mangsa-mangsa? Semoga Allah memberikan kekuatan pada diri kita dan umat islam seluruhnya untuk memelihara agama Allah dan membantu sesama sendiri.. Amin ya Raab al-amin...

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar,merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).


hasil karya
Ahmad bin Ariffin
sumber: http://ukhwah-de.blogspot.com/2011/05/rumah-terbakarapa-tindakan-kita.html?showComment=1305062515024#c8961773387757207183 Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Copyright © 2010 Ikram Ireland | Design by Dzignine