Assalamualaikum warahmatullah…
Alhamdulillah, pada 2-4 April yg lalu kami bermukhayyam….
Perkongsian ringkas dari seorang akh syuk
Spring Camp tahun ini diadakan di Mount Melleray Waterford. Satu tempat yang sangat sesuai untuk merasai keindahan musim bunga di bumi Ireland yang serba hijau ini.Apa yang best sangat kat spring camp Ireland tahun ini?Jawapan: macam2. Pengisian mantap. Aktivit superb. Ukwah terbaik. Kenangan yang indah.Tema spring camp kali ini sangat special, Mukayam Al-Quran (Perkelahan Al-Quran).Sedar tak sedar selama, almost semua mereka yang bergelar muslim pernah membaca, menghafal or atleast terdengar Al-Quran. Tetapi timbul satu persoalan sejauh manakah al-Quran dijadikan sebagai Dusturuna (petunjuk/guru/pedoman kami)?Jika kita tengok kembali sirah, Al-Quran ini mampu megubah Saidina Umar, seorng yang memusuhi islam kepada seorung yang memperjuangannya.Mampu menamkan sikap berani dan yakin kedalam jiwa seorng hamba abdi , sehingga hamba tersebut sangup bertahan walaupun di seksa dengan ganasnya di padang pasir yang super panas.Mampu mempengaruhi seorng hartawan untuk menginfakkan kesemua hartanya demi cintanya kepada cara hidup islam dan sayangnya kepada ilahi.Contoh-conton ini sangat common, tetapi ia membuktikan sesuatu yang sangat besar iaitukeLuarBiasaan (kehebatan) al-Quran untuk mengubah hati-hati manusia 180 darjah. Subhanallah, Alhamdulilah. Pergh….Sebagai peserta spring camp 2011, rasa sangat terbuka minda, kerana kepentingan dan peranan al-Quran itu mampu diterangkan secara seronok dan mesejnya sampai.Bukan itu sahaja, spring camp tahun ini juga telah menguji kemampuan peserta untuk menghafal al-Quran. Pada mulanya, rasa seperti susah nak hafal. Tetapi, apabila usaha sedikit, Al-Quran itu tidak lah sepeti disangka. Lebih-lebih lagi apabila menhafal secara beramai-ramai. Di mana ia menambah lagi kemanisan menghafal sambil merapatkan ukhwah. Best, tak tipu.Selain itu, ada juga aktivi memngajar sebutan huruf-huruf alQuran dan juga cara bacaan tajwid oleh seorng physician arab(kerja sebagai physician tetapi mencintai bahasa arab dan mampun mengajarnya). Sesi ini bagi saya sangat penting kerana keindahan al-Quran bukan sahaja terletak pada mesejnya sahaja, tetapi bahasa dan bacaan nya juga sangat indah untuk didengari.Spring camp kali ini, bukan sahaja focus pada pengisian dan rohani tetapi pengisian jasmai turut ada. Kerana pembinaan seorng muslim itu perlu menyeluruh. Aktivit-aktivit fizikal Bukan sedikit tetapi banyak juga. Antara aktivit2nya ialah explore race, futsal, flying fox, bola baling, foosball , ping pong, table hockey dan macam-macam lagi.Kesmpulannya, spring camp kali tahun ini penuh dengan pengisian dan aktiviti yang sedikit sebanyak membina hati, akal, dan jasmani peserta. Dan sangat berbaloi untuk mengisi masa ksong semasa spring break kali ini.Pengalaman yang dapat agak sukar untuk dilupai. insyAllah.
Allah Ghayatuna llah matlamat kami
Arrasul Qudwatuna Rasul teladan kami
Al-Quran Dusturuna Al-quran guru/pedoman/petunjuk kamu
Al Jiha Sabiluna Jihad jalan kami
Al mautu fisabililah asma amanini mati di jalan Allah adalah cita-cita kami
Wallahu’lam
source: http://ikramuke.org/v3/?p=686
0 comments:
Post a Comment