Menyanyikan lagu 'Sebiru Hari Ini' dendangan Edcoustic bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang. Kemudian mengaminkan pula bacaan doa Rabithah yang sungguh syahdu lagi mengharukan, sambil berpaut lengan dengan mereka semua.
Manis.
Mengucapkan selamat tinggal kepada seorang akh Super Saiya yang begitu banyak kenangan masam masin manis kepam bersamanya, yang akan ke seberang laut untuk bekerja. Sebak juga dibuatnya. Sedar tak sedar, basah juga mata disebabkan habuk yang banyak di sekeliling *koff koff*. Kemudian ada pula sesi suap-menyuap kek cokolat, yang rasanya luar biasa lazat kerana ditambah dengan perisa ukhuwwah yang penuh mahabbah dan mawaddah keranaNya.
Manis.
Ke surau di sebuah kompleks beli-belah terkenal di ibu negara. Kechiwa kerana semuanya solat bersendirian dan tiada siapa yang nampaknya percuma untuk solat bersama. Dengan rasa berat hati, mengambil keputusan untuk solat bersendirian, tapi dengan penuh harapan, agar ada yang sudi melantik diri ini menjadi imam. Maka sengaja berdiri untuk solat di tengah-tengah ruangan solat. Terus berdoa di dalam hati agar adalah yang mahu berjemaah bersama. Tatkala hati sedang khusyu' melafazkan al-Fatihah di rakat pertama, terasa ada tangan yang menepuk bahu. Tersenyum. Allah, begitu cepat kau makbulkan doa hambaMu yang hina ini..?
Manis. Sumpah manis!
-gabbana-
Kita merancang, dan Allah juga merancang. Ketahuilah, dan yakinlah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Dan walaupon kadangkala kita merasakan peracanganNya itu pahit, percayalah, ia sebenarnya manis untuk kita. Sumpah manis!
"I am a Muslim, so the trinkets of the world don't mean a thing
I was taught that peace is not that absence of war
But peace, is a feeling that comes from remembering your Lord"
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me
"And We have enjoined on man [to be good] to his parents: in travail upon travail did his mother bear him and his weaning was over two years. Be thankful to Me and to your parents, unto Me is the final destination."[Noble Quran 31:14]
Posted by
IKRAM Ireland |
Friday, September 30, 2011
(refleksi sisipan Peranan Pelajar, -Al-Maududi, 1903-1979)
Al-Mumtaz
Mereka datang, dan mereka pergi. Ringkas slogan itu untuk membicarakan tentang kehidupan mereka di bumi industri ini. Dulunnya hanya budak hingusan, penuh dengan angan-angan seperti cerita Korea, atau angan-angan cerita Barat, cinta yang penuh tragis dalam cerita orang Putih. Juga mengambil gambar bunga-bunga ros atau tulip seperti dalam cerita ' cinta tiga benua'. Tidak terlepas juga mimpi berjumpa David Beckham, menjejakkan kaki ke Old Trafford, atau menikmati udara stadium Chelsea.
* Tingg, lampu tali pinggang keledar padam*. si A di kananku terus membuka kekunci tali keledar. Dia menghilangkan tubuhnya dari pandangan mataku. 'ke bilik menung mungkin'- agakan rambang*
Aku melihat ke luar tingkap. Juga menekan butang pelan perjalanan. Rumah-rumah tersusun rapi, jalanraya senja dihujani lampu neon buatan Anderson yang mula mewarnai petang krismast beberapa dekad lampau. Beberapa kapal kecil bergerak perlahan di tali air yang dahulunya nadi kepada Industri di kota British, juga berratus-ratus mobil dan jentera memenuhi laluan tar jalan raya seperti rimbunan semut-semut yang bekerja untuk permaisuri mereka. Warna hijau pekat, dan hijau muda pohon-pohon yang diselitkan di celah-celah jalan raya, juga yang menghiasi taman perumahan, serta taman-taman besar di kota itu mula bertukar keperangan dek gema matahari petang yang memberi laluan kepada malam. Wah, indah sungguh dunia burung-burung yang terbang.
* Tingg, tingg. Lampu keledar kembali menyala. keadaanku sedikit gegar. Sejurus itu pengumuman dari juruterbang memenuhi ruang suara burung buatan. Dan si A kulihat bergegas kembali ke kananku menarik tali keledar ke pinggangnya.*
Ligat anak mata melihat gulungan sijil yang diterima tadi. Hasil pertapaan 5 hari di kota gah tumpuan dunia. Teringat kembali kepada mereka yang pernah merasai pengalaman 4 musim dulu. Ya, aku pernah merasai fenomena ini. Tapi itu 10 tahun lampau yang mana aku masih lagi budak yang memegang buku, fail, kertas-kertas. Berbaju kemeja kemas beserta tai, juga kot putih beserta stetoskop di poket depan, berjalan megah di koridor hospital, tetapi kecut dan hilang tumpuan bila disoal pakar-pakar atau professor di waktu pagi hari. Aku juga pernah menaiki kapal ini. Tapi dengan perasaan anak desa pulang ke kampung, menanti kemanisan satay, atau kerangupan roti canai juga buih-buih teh tarik di kedai mamak. Pulang dengan perasaan gembira mahu bertemu ayah dan ibu yang selama ini jenuh merotan untuk mengaji, puas dengan aduan ibu bapa lain dek kenakalan atau kes buli di sekolah, tebal muka mereka tika datang ke sekolah melihat prestasi buku rekod yang banyak
merah dari biru. Berkumat kamit mereka berdoa siang malam akan diriku, banyak wang yang dirizabkan untuk buku latihan, tuisyen juga pil-pil yang kononya untuk tumbesaran otakku. Dan akhirnya, tersadai aku di bumi asing, mencari erti hidup. Terima kasih buat mereka kerana aku melihat dunia di sini.
Aku membelek foto-foto di komputer riba. Ternampak beberapa simpanan persembahan yang dibentangkan pada pakar-pakar dunia sebentar tadi. Teringat sebentar akan solan wakil german akan keberkesanan amalan ini, juga soalan amerika yang pelik akan cara kami membanteras penyakit yang bertahan sekian abad. Aku tersenyum. Formulanya di sini.
Tetikus terus tertarik pada satu persembahan yang dibentangkan pada generasi muda bakal memacu negara. Merekalah emas buat masa depan. Lihatlah betapa Karl Marx dan usaha Lenin menterjemahkan prinsip mereka pada generasi muda. Bagaimana ideologi itu menelusuri setiap halaman buku akademik apatah lagi buku sains sosial. Tapi kita hari ini masih lagi melihat helaian buku-buku di pasaran hanya dengan hati yang kosong, akal mengutip fakta-fakta tanpa ada kebesaran Pencipta yang menyalur pada hati. Buruknya lagi, hati yang dibajai nutrien, juga segala piramid makanan tidak sekali-kali ditaburi dengan Kefahaman, walhal tugas hati adalah memaham bukan tugas Akal.
Jalanlah di kota besar, dan kita akan lihat generasi ini tidak lagi punya ideologi. Berbaju, berjalan, bercakap dan berfikir seolah-olah tiada identiti. Panculkan soalan tentang kewarganegaraan, pasti lidah menjawab lancar tetapi hatinya tidak langsung memahami kewarganegaraan luas yang punya prinsip dan identiti. Belum lagi dibicara hal keAgamaan, kekhilafahan, dan hal syurga atau neraka, mereka langsung bangga menjawab itu tugas Ustaz atau Kadi. Dan inilah sebahagian penyebab segalanya.
Banyak lagi tugas melewati batasan masa. Tetapi bagi mereka yang memahami, Formulanya di sini.
Posted by
IKRAM Ireland |
Saturday, September 24, 2011
(Bismillah. Pujian bagi Allah kerana dengan rahmat-Nya tangan ini dapat menulis. Terima kasih Ya Rabbi kerana tanpa nikmat tangan ini, untuk menulis pujian itu sendiri tidak dapat terjadi.)
Kebanyakan daripada kita mesti sekurang-kurangnya pernah walaupun sekali, terlintas akan perkataan re-branding (penjenamaan semula). Di Malaysia, antara kisah re-branding yang paling mendapat liputan meluas ialah kisah yang berlaku sekitar tahun 2001 tatkala AirAsia Bhd. di bawah syarikat DRB-Hicom menghadapi saat-saat nazaknya hingga perlu dijual meski dengan peppercorn payment serendah RM 1. Syarikat yang membeli kontrak tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Tune Air Sdn Bhd yang dikepalai oleh Tony Fernandes.
Pengambilalihan syarikat itu disusuli dengan penjenamaan semula AirAsia secara besar-besaran termasuklah trademark warna merah yang melambangkan darah. Sepertimana merahnya darah yang mengandungi DNA, merahnya warna AirAsia yang baru itu ibarat DNA yang memberikan identiti tersendiri kepada AirAsia. Merah itu gah. Merah itu semangat. Dan sehingga kini merah itu masih hinggap mewarnai ruang angkasa seluruh Asia. Re-brandingyang berlaku sejak pengambilalihan itu berjaya menjulang AirAsia yang baru sebagai contoh Blue Ocean Strategy yang berjaya.
Kendatipun bunyinya seakan-akan berkait rapat dengan business, re-branding tidak hanya berlegar dalam aspek perniagaan sahaja. Pernahkah anda ambil tahu akan konsep re-brandingdalam kehidupan seorang Muslim dan apa sumbangannya kepada dakwah? Islam menggunakan proses re-branding sebagai strategi untuk menempatkan dan memuatkan ad-Deen ini ke dalam market jahiliyyah yang tinggi demand-nya terhadap keduniaan semata-mata namun semput dan sempit dalam keluasan kedua-dua dunia dan akhirat. JOM! kita saksikan dan teliti ayat-ayat cinta dari Pencipta kita dalam surah al-'Alaq.
Sekalipun dalam keadaan ber-ikthtilaf, pandangan daripada jumhur 'ulamak (kebanyakan 'ulamak) menyatakan bahawa beberapa ayat yang terawal daripada surah al-'Alaq ialah ayat-ayat yang pertama diturunkan ke langit dunia. Jika pandangan tersebut benar di sisi Allah (Wallahu a'lam), kita patut meneliti dengan ketelitian yang paling teliti akan kandungan surah ini.
Sejak sekian lamanya wahyu dihentikan sejak nabi 'Isa, sudah semestinya sambungan wahyu kepada UtusanNya yang bernama Muhammad ini mengandungi isi-isi yang memfokuskan kepada isu-isu yang tertentu terutamanya pada awal-awal waktu penurunan al-Quran. Memandangkan al-Quran diturunkan dalam sistem masyarakat Arab yang mendewakan sastera, ia mengandungi nilai kesusasteraan yang tertinggi yang pernah wujud. Setiap pemilihan diksi yang tertentu dalam al-Quran membawa bersamanya sesebuah konsep yang tertentu.
Awal kenabian Nabi Muhammad menyaksikan penurunan kalimah Iqrak (bacalah) dalam bentuk verb (kata kerja). Allah memerintahkan Muhammad s.a.w supaya membaca. Cuba kita berhenti sejenak dan memikirkan apakah bentuk-bentuk sumber ilmu yang ada di dunia ini? Ilmu boleh dipelajari melalui pembacaan, namun ilmu juga boleh didapati melalui mendengar majlis-majlis ilmu, berjalan dan mentadabbur 'alam, dan juga menggunakan deria-deria yang lain seperti merasa dan menyentuh. Lebih-lebih lagi, al-Quran tidak turun dalam bentuk mushaf (lagi pula al-Quran tidak pernah dibukukan semasa Rasulullah masih hidup). Lalu mengapa Rasulullah, seorang yang tidak tahu membaca, diperintahkan untuk membaca?
Di sinilah kita dapat kenal akan siapa yang memberi kita ilmu. Yang memberi itu tidak lain dan tidak bukan ialah Allah sendiri. Seperti kata Al-Hafiz Mufti Shafi Usmani dalam kitabnyaMaarifatul Quran, biarpun Muhammad saw tidak tahu membaca, Allah berkuasa untuk mengilhamkan baginda pelajaran yang tertinggi yang turun dalam gaya penceritaan yang terindah, lantas menjadikan seorang nabi yang ummi ini lebih bijak daripada cendekiawan dan sasterawan pada waktu itu dan juga pada masa akan datang. Begitu hebat kuasa Allah, maka siapakah yang mampu mencabarNya? Iqra' bismi rabbika al-lazi khalaq.
"Bacalah dengan nama Tuhan kamu (wahai Muhammad), (yakni tuhan) yang Menciptakan!"
Kalimah iqrak, seperti yang dinyatakan di atas, terbit dalam bentuk fi'lun (verb/kata kerja) bermakna ianya suatu perintah. Rasulullah diperintahkan untuk membuat pengisytiharan berdasarkan pembacaan, tetapi baginda tidak tahu membaca. Ini pula merupakan kali pertama baginda melihat Jibril (yang datang dalam bentuk seorang pemuda). Bayangkan kita di tempat baginda. Sudah pasti kita terkejut jika tiba-tiba muncul seseorang yang memeluk erat hingga sukar untuk bernafas. Tidak cukup dengan itu, diarahkan pula untuk melakukan sesuatu yang di luar batas kemampuan. Apakah perasaan yang paling sesuai digambarkan? Cuak? Terkejut gabra? =)
Apapun perasaan yang timbul, semestinya ia bukan sesuatu yang selesa. Tetapi konsep yang kedua selepas konsep kepentingan ilmu yang dibawa oleh ayat pertama ini, jika tidak meredakan perasaan tidak selesa itu pun, sekurang-kurangnya mengalihkan fokus Rasulullah kepada sesuatu yang amat bermakna. Konsep kedua yang disebutkan ini ialah konsep ketuhanan. Baginda diperintahkan untuk melaksanakan sesuatu yang tidak diketahuinya dengan berpandukan Tuhan. (Bacalah dengan nama Tuhanmu ..) Maknanya, Allah sedang menceritakan siapa itu Tuhan (Rabb). Dan kedudukannya sebagai sumber wujudnya segala 'ilmu. Kerana Rabb ini ialah al-Khalaq (...Yang Menciptakan). Ilmu merupakan salah satu daripada makhluk yang dicipta. Jadi untuk mendapatkan ilmu, siapa yang harus kita pandukan? Rabb!
Iqrak bismi rabbika al-lazi khalaq.
Kenapa Allah menerangkan konsep ketuhanan dengan memilih kalimah rabbika yang bermaksud tuhan kamu? (Kamu merujuk kepada nabi Muhammad) Tetapi sebelum itu, kenapa mesti memilih kalimah rabb dan bukannya dengan kalimah nama Allah sendiri? Sedangkan kalimah Allah sungguh dikenali di jazirah 'Arab ketika itu. Sebelum kenabian Muhammad sendiri telah wujud kalimah Allah, malah bapa kepada baginda sendiri bernama ‘Abdullah = Abdu Allah (hamba Allah).
“Dan sesungguhnya jika engkau bertanya mereka, siapa yang telah menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka berkata Allah.” (Surah Luqman: 25)
Sungguhpun nama Allah cukup dikenali, tapi apa ada pada nama? Nama Allah sudah tidak bernilai lagi di sisi kebanyakan mereka. Kalimah Allah diletakkan sejajar dengan nama-nama berhala apabila munculnya pemberian nama kepada anak-anak seperti Abdul Al-Syams, Abdul Lata, Abdul ‘Uzza dan sebagainya. Sedangkan nilai penghambaan hanya sepatutnya didasarkan kepada Allah semata-mata. Disebabkan inilah, Allah memperkenalkan dirinya dengan kalimah rabb. Seperti kata pepatah mat saleh, “First impression is important!” Kalimah Allah yang tiada nilai di hati manusia pada ketika itu digantikan dengan sesuatu yang menjenamakan semula Allah sebagai rabb yang bersifat al-khaliq yang Maha Mencipta. Selain ayat pertama surah al-‘Alaq, kalimah rabb juga muncul di banyak tempat dalam al-Quran, dan pada surah al-An’am ayat 102, sepertimana dalam al-‘Alaq itu tadi, rabb juga dinyatakan bersama-sama dengan sifat Allah yang Maha Mencipta:
“Itulah Allah Rabb kamu, tiada tuhan selainNya, yang menciptakan segala sesuatu. Kerana itu ‘abdikanlah hidupmu kepada-Nya. Dan Dialah yang memelihara segala sesuatu.” (6:102)
Ayat ini memberi tambahan satu lagi sifat Rabb, yakni memelihara. Allah mengingatkan manusia untuk membulatkan segala perasaan takut dan berharap kepada-Nya semata-mata, kerana dialah rabbyang berkuasa untuk memelihara setiap makhluk yang diciptakan. Allah berfirman lagi:
“Allahlah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu kuat setelah berkeadaan lemah itu, kemudian Dia menjadikan setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.” (Ar-Rum: 54)
Penjenamaan semula siapa Allah menggunakan kalimah rabb mengingatkan kita kembali bahawa sekiranya kita telah sesat dalam kepekatan jahiliyyah dan amat jauh daripada Pencipta sepertimana yang berlaku kepada bangsa ‘Arab sebelum kerasulan Muhammad, kita perlu kembali merujuk kembali kepada-Nya. Setiap insan di bumi ini pernah mempunyai hubungan yang erat dengan rabb sebelum lahir ke dunia lagi.
“Dan ketika Rabb-mu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya): “Bukankah Aku rabb kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
“Atau supaya kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”
“Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran) dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran). ” (Al-A’raf 172-174)
Lihat bagaimana hebatnya kuasa Allah dan tingginya ilmu Allah. Jika AirAsia memerlukan satu inovasi baru secara besar-besaran untuk menjenamakan semula syarikat itu, proses re-branding yang dilakukan oleh Allah untuk Islam pula tidak memerlukan satu kalimah yang baru, tetapi menggunakan kalimah yang lama yang dahulunya pernah memberi satu erti kepada kehidupan insan. Re-branding yang terhasil membuatkan bangsawan Arab terkesan. Ada yang menyambut baik malahan ada juga yang menyambut dengan sikap yang negatif. Bagi mereka yang terganggu, ini diakibatkan daripada nilai-nilai ketuhanan yang berbeza yang diperkenalkan. Allah yang mereka anggap selama ini sebagai Pencipta tetapi tiada apa-apa kesan kepada kehidupan mereka telah bebas daripada percampuran dengan unsur-unsur yang menyekutukan.
Dengan turunnya surah al-‘Alaq, Allah bukan sahaja Pencipta, tetapi sebagai rabb yang memelihara, menguasai, mentarbiyyah, melindungi, mengajar manusia daripada tidak tahu kepada tahu dan memiliki segala sifat yang berasaskan kemuliaan dan kebesaran!
Pernahkah anda menonton Kung Fu Panda 2? Dalam filem tersebut, diceritakan bahawa Po (watak utama) dahulunya mempunyai sejarah yang sedih dan sadis ketikamana dia masih kecil. Namun filem ini mengajar kita untuk Don’t live in the past. Look to the future!
Kita sebagai insan mesti tidak dapat lari daripada terlupa akan siapa diri kita. Kadang-kadang pemikiran dan tindakan kita tidak melambangkan kita sebagai hamba. Kita kekadang teringin untuk membesarkan diri seperti seorang raja, tetapi kita tidak sedar pada masa itu kita masih lagi hamba, malah lebih teruk lagi – kita sengaja lari atau tidak tersedar telah lari daripada penghambaan Tuhan yang Maha Esa kepada menghambakan diri untuk isi dunia yang tak ke mana.
Oleh itu, nikmat iman ini mesti di re-branded kan!
“Perbaharuilah iman kamu semua.” Sahabat bertanya: “Bagaimana caranya memperbaharui iman kami?” Baginda menjawab: “Perbanyakkanlah ucapan La Ilaha illallah.” (Hadis riwayat Ahmad, “fair chain of isnad”)
“Faith wears out in your heart as clothes wear out, so ask Allah to renew the faith in your hearts.” (Riwayat al-Haakim dalam Mustadrak dan al-Tabaraani dalam Mu’jam dengan sanad yang sahih)
Tertarik dengan quotes menarik di dalam KungFu Panda 2:
"Your story may not have such a happy beginning, but that doesn't make you who you are, it is the rest of your story, who you choose to be.."
Mari sama-sama kita menjenamakan semula siapa kita.
As-Salam Alaykum Waramatullah Wabarakatuh! Dear scholars, let me first greet you in advance for the joyous `eid, many happy returns insha Allah! As we prepare ourselves for this feast, I wonder if many Muslims ever know the significance of this feast. Kindly enlighten us on the real meaning of `eid to Muslims. What does `eid mean for Muslims? Jazakum Allah Khayran!
Answer: Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear brother, it’s also our pleasure to say to you “`Eid Mubarak!”
May Allah shower us with His blessings and bounties!
As regards your question, we’d like to cite for you the following:
Islam teaches Muslims how to celebrate the `eids. On these days, the Muslims take a bath and wear their best clothes. Even though fasting is not permitted on the `eid days, yet, the major part of the celebration is not eating or drinking; rather, it is a prayer that brings Muslims together to remember Allah's bounties and celebrate His glory and greatness.
The `eids and their celebration in Islam carry a distinctive meaning and spirit. They are totally different from the celebrations in other nations and cultures. For other nations, a holiday is a chance to immerse in worldly pleasures, or to involve oneself in prohibited acts to the utmost. Not so for Muslims! For Muslims, the `eid is an occasion to increase in good deeds. Each `eid marks the conclusion of an important worship, and the determination to continue in obedience and submission to Allah (Glorified be He).
In moments of extreme pleasure or sadness, a Muslim never forgets his Lord's greatness, might, glory, and watchfulness (Glorified be He). A Muslim's actions are always controlled by this continued remembrance and awareness.
Thus the `eid is not an occasion to take a vacation from Islamic responsibilities and commitments, nor to waste time and money in extravagance. It is not "fun for the sake of fun". Rather, it is controlled and directed rejoicing that is of ultimate and definite benefit for the Muslim.
The `eid is a chance to multiply good deeds by bringing happiness and pleasure to the hearts of other Muslims, by helping and supporting the poor and needy, and by getting involved in pastimes that emphasize the strong and serious Islamic character.
Excerpted with slight modifications from: www.islaam.com
Jubayr ibn Nufayr said: “At the time of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), when people met one another on the day of Eid, they would say, ‘Taqabbal Allaahu minnaa wa minka (May Allaah accept from us and from you).’” (Ibn Hajar. Its isnaad is hasan. Fath, 2/446).
Apakah kita termasuk orang yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan?
Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu yang kita lalui bersamanya.
Inilah :
Masa-masa bahagia.
Masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah swt.
Masa-masa kedamaian.
Di mana ianya belum tentu kita temui ketika ia tidak bersama kita lagi.
Hiruplah dalam-dalam udara malam-malamnya.
Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya.
Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan.
Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita.
Perpisahan dengan bulan yang paling dirindui yang keutamaannya tidak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup ini.
Jika Rasulullah saw bersabda :
"Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan". (HR Ibnu Khuzaimah)
Maka, berpisah dengan bulan ini bererti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat kali ganda.
Jika Rasulullah saw bersabda :
"Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah." (HR Bukhari dan Muslim)
Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terhapusnya dua momentum kegembiraan di kala berbuka puasa itu.
Jika Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
Maka, perpisahan dengan bulan ini bererti hilangnya kesempatan kita untuk memperolehi keampunan Allah swt terhadap dosa-dosa kita yang menggunung.
Jika Rasululah saw bersabda :
"Barangsiapa yang menunaikan Qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim)
Maka selesainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah petanda lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam dengan jaminan pahala ampunan di atas dosa dan kekhilafan yang kita sudah tenggelam di dalamnya.
Jika Rasulullah saw bersabda :
"Siapa sahaja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nasai’e dan Ibnu Majah)
Lalu bagaimana dengan kualiti ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan?
Perpisahan dengan bulan suci ini bererti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih iaitu kehilangan pahala semalam suntuk.
Para salafussoleh, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyakkan membaca Al Qur’an.
Malaikat Jibril memperdengarkan Al Qur’an kepada Rasulullah saw pada bulan Ramadhan.
Utsman bin Affan mengkhatamkan Al Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan.
Sebahagian salafussoleh mengkhatamkan Al Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali.
Mereka sentiasa membaca Al Qur’an samada di dalam solat ataupun di luar solat.
Imam Asy-Syafi’ie dapat mengkhatamkan Al Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan.
Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali.
Qatadah sentiasa mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali manakala pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap malam.
Pada bulan Ramadhan, Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadits dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya kerana semata-mata mengkhususkan diri membaca Al Qur’an dari mushaf.
Bagi Imam Ats Tsauri pula, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al Qur’an.
Jika mereka demikian tingginya semangat dan mujahadahnya dalam membaca Al Qur’an di bulan ini, maka bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan?
Apabila Ramadhan berlalu, ia bererti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperolehi barakah istimewa dari membaca Al Qur’an di bulan ini.
Jika Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al-Qadr : 1-3).
Rasulullah saw sentiasa mencari malam Al Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya.
Baginda membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadr.
Dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang."
Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang telah dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, bererti terlepasnya kesempatan yang tidak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun.
Ia bererti, lenyapnya kesempatan kita untuk memperolehi keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih lama berbanding dengan usia kita sendiri.
Oleh yang demikian :
Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini.
Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.
Lantunkan zikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini.
Buanglah kepenatan, hilangkan rasa letih, dan paksalah diri ini hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan yang penuh kemuliaan.
Kejarlah segala yang terluput dari diri kita sebelum ini pada malam Al Qadr dan jangan ditunda-tunda lagi.
Menangislah!!! kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini.
Ya Allah, kurniankanlah kepada kami malam Al Qadr yang akan menjadi wasilah untuk kami mendapat keampunan dariMu dari segala dosa-dosa samada yang besar atau kecil, yang awal dan akhir, yang terang dan tersembunyi dan panjangkanlah umur kami sehingga kami dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.
Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)
Kini tinggal 10 hari sahaja sehingga Ramadhan melabuhkan tirainya dan berlalu pergi.
Setelah Ramadhan, akan tibalah Aidil fitri, salah satu perayaan yg Allah SWT telah anugerahkan khas untuk kita. Bukan hasil insipirasi manusia, tetapi hadiah drpd Allah SWT sendiri.
Unas (ra) reported that when the Prophet Muhammad (saw) migrated from Makkah to Madinah, the people of Madinah used to have two festivals. On those two days they had carnivals and festivity. The Prophet Muhammad (saw) asked the Ansaar (the Muslims of Madinah) about it. They replied that before Islam they used to have carnivals on those two joyous days. The Prophet Muhammad (saw) told them: 'Instead of those two days, Allah has appointed two other days which are better, the days of Eid-al-Fitr and Eid-al-Adha.' (Hadith)
Lalu pada hari ini saya telah bertanya kepada beberapa sahabat, ‘Kenapakah agaknya Allah SWT mengharamkan kita daripada berpuasa pada hari Aidil Fitri?’
Hikmah sebenar hanya Allah yang tahu.
Soalan ini pernah berlegar di fikiran saya; kenapa sampai Allah mengharamkan puasa, yakni satu amalan yang mulia dan istimewa, bahkan Allah telah berfirman bahawa hanya Dia sahaja yang tahu nilai puasa setiap hambaNya; tetapi Dia mengharamkannya pada hari raya?
Soalan ini muncul pada 2-3 tahun lalu di saat-saat hujung Ramadhan juga. Ketika itu saya masih lagi sedang belajar; dan secara jujurnya, jadual hospital dan kelas serta study yang memenuhi otak kepala ketika itu telah ‘menjauhkan’ saya daripada melalui Ramadhan secara sedar. Sehinggalah ketika tersedar bahawa hanya tinggal 10 hari sebelum Ramadhan berakhir, muncul penyesalan dalam hati ini, ‘Di mana aku selama ini? Tinggal 10 hari sahaja lagi! Sudahkah aku terlepas Lailatul Qadr??’
Menyesal kerana tadarrus Al-Quran tidak diurus dengan baik, menyesal kerana sedekah jariah tidak bertambah; simply menyesal kerana seolah2 tiada apa yang dipertingkatkan ketika Ramadhan ini.
Ah, alangkah bagusnya jika aku boleh berpuasa lagi setelah Ramadhan!
Tapi, tidak boleh. Pada Aidil Fitri tidak boleh puasa.
Puasa di luar Ramadhan lain, tidak sama dengan the real thing.
Lalu terdetik dalam hati, apakah nilai sebenar Ramadhan bagi mereka yang benar-benar menggunakannya dengan baik. Lalu aku faham apakah perasaan yang sepatutnya bakal dilalui apabila Aidil Fitri menjelma.
Ia adalah perasaan gembira kerana Ramadhan telah dijalani dengan sehabis baik; tetapi perasaan sedih turut mengintip di sudut hati, kerana ketetapannya Ramadhan tidak berkunjung sepanjang tahun.
Begitu cantiknya Allah menyusun agar setiap perasaan germbira kita, adalah kerana kejayaan menghambakan diri kepadaNya. Sama seperti Aidil Adha; semua orang boleh bergembira, berkongsi sembelihan korban, namun hanya mereka yang berkorban harta, tenaga dan masa menunaikan haji atau mengeluarkan harta untuk menyembelih korban dengan kedua tangannya sendiri, yang benar-benar ‘melalui’ erti Aidil Adha tersebut. Kita yang tidak, sebenarnya hanya bergembira kerana makanan yang sedap-sedap belaka.
Hadirnya Aidil Fitri memberitahukan kpd kita tentang Ramadhan yang telah kita bazirkan, memberitahukan kepada kita ‘untuk apa yang Kau gembirakan jika Ramadhan-mu hanya begini?’
Tetapi buat yang benar-benar berpuasa, Aidil Fitri datang memberitahu ‘Ayuh, sudah cukup puasamu, cukup, sambutlah hari kemenanganmu pada hari ini!’
Aku tidak akan tahu hikmah Allah mengharamkan puasa pada 1 Syawal, tapi aku tahu penyesalan yang pasti jika Ramadhan ini aku tidak hargai.
Wallahu’alam.
Narrated Abu Huraira: The Prophet said, “Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven, and whoever stood for the prayers in the night of Qadr out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."
Sahih Bukhari :: Book# 32 :: Hadith# 231
NB. Jom kejar Lailatul Qadr!
Ramadhan is a very good time to reflect upon our past deeds and improve insyaAllah! :)
Posted by
IKRAM Ireland |
Saturday, August 13, 2011
Salam dan hai! well kawan2,as aku ade brape bulan je lagi aku dok kat Malaysia ni, last weekend aku berkesempatan join kem predeparture ke Ireland dan UK, anjuran IKRAM UK & Eire and dengan kerjasama BTN. At first aku pergi just sebab nak amek la ilmu2 sket buat bekal nak fly kesana. tapi apa yang aku dapat,lebih dari apa yang aku expect.
I wud say,it's beyond my personal expectation.
mula2 bila aku baca yang kem ni offer free ntok semuanye including transportation,makan n penginapan,ingatkan la kem ni sekadar biasa2 je. Rupanye bila aku da masuk kat kem itu,subhanallah...sgt la awesome! Dah la buat kat kem BTN yang fasilitinye sume lengkap dan memuaskan ntok kem,kat bukit lak tu. Kali ni JOM 2011 dianjurkan kat Kem BTN Ulu Sepri,Rembau. Memang mantap la,sebab ade bukit bukau,dingin je kalau malam,haha.
bergambar kat depan kem ni.
itu baru citer pasal tempat. okay,mula2 cmni. aku bertolak dari rumah rite after smyg jumaat kat rumah,terus rushing ke KL sentral sebab pihak penganjur ade ckp,gather kat situ ntok amek transport ke sana. so bila sampai kat sana,maka dipertemukanlah aku ngan ramai gile dak2 yang nak pegi JOM skali,n aku tengok da macam student gather kat airport,tggu masa nak fly je. haha. KL sentral tu pon ade la rupa mcm airport sket. ok,then bila semua da gather,kitorg pon jalan la ke sana. perjalanan ke sana dari KL da memadai la nak jadik musafir.
sampai je kat sana da lewat gak,dekat pkul 7. lepas siap check in,register n kemas barang,kitorg solat jamak qasar berjemaah dan malam tu bermula program. masa majlis pembukaan tu,diorg (pihak penganjur) bagi syarat2 mcm biasa la,ala2 kem BTN. dah tmpat pn kat kem BTN kan? tapi yang paling tertarik,aku suka satu syarat kem ni..
"tak dibenarkan sape2 dalam kem ni menunjukkan kemurungan,kne ceria setiap masa...." abg kem komandan, Muzal.
da la ckp cmtu ngan gaya serius,siyes aku rasa klaka n nak tergelak. oh ya,ade dalam 300++ gak la yang join. ade yang dari UniKL,INTEC,KYUEM,KTJ dan byk lg la institutsi slain dari KMB je. aku rasa best sebab banyak la org yg aku kenal dari kem ni. dari cambridge,imperial, southampton,manchester,dublin n byk la lagi. semua ade kelebihan dan keunikan masing2. dan maybe tu la yang buatkan kem ni agak seronok.
kelihatan mereka2 beramah mesra lepas kemas bilik. duduk dorm ngan kipas atas kpala.
so overall malam first tu just lebih kpd pengenalan program dan suai kenal la ngan yang lain2,mcm abg fasilitator. Oh ya,fasilitator program ni adelah abg n kakak senior yang da lama kat sana. and, malam tu gak kitorg da berjamu dengan BBQ yang superb n membuatkan kitorg jadi leka makan smpai knyg gile tak ingat. -___-"
cmni la makannye. dalam tray,tapi lauk sume memang alhamdulillah,mantap~
okay,menjelang hari esok,kitorg mulakan pagi tu dengan senaman ringan dan aktiviti sukan2 ukhuwah. aku bagi nama sukan ukhuwah coz sukan ni gatherkan korg ngan dak2 kolej lain,dan bila korg together as a team dlm games ni,korg akan jadi baik sgt ngan diorg,bond memang mula terjalin la. diorg sgt best anyway. hehe. Macam2 game,siap angkat org la,buat menara manusia la,main bola baling la. huuuh,memang kepuasan la. then,mula la pulak sesi perkongsian ilmu dengan penceramah jemputan pertama.
cmni la gaya masa perkongsian tu,hahah. muka sume fokus je.
Perkongsian ilmu yg pertama ni dari Ustaz Zainal Adidin yang diterbangkan khas dari Yaman. Muka nmpk je tegas tapi dia ni sorg yang kool n smgt gak bg ceramah dan pengisian kat kitorg,hahah. Btw,mainly slot ni bertajuk "Fiqh Traveller" dan tajuk pengisian tu sendiri da memberitau kita ape pengisian yang disampaikan.
Banyak sangat yang aku belajar dlm slot figh pengembara ni. As ramai yang mintak aku share,so boleh je tengok kat sini,aky tulis apa yang aku catat,k? :)
Jamak boleh je kalau nak buat selain masa musafir. Ade beberapa sebab yag menggalakkan rukhsah solat ni jatuh ke atas umat islam, seperti bila ade kecemasan yang boleh mendatangkan musibah lebih besar jika solat dilaksanakan (macam masa surgeon bedah org,takkan nak tinggl kan? mati la patient. XD ), pada waktu hujan (dgn syarat buat kat masjid scr berjemaah,atas reason payah nak gerak time2 ujan) dan juga masa sakit (alasan? boleh rehat masa sakit)
Qasar je yang boleh buat masa musafir. Jamak tu bebila bole buat (and now I know~)
Kalau kita naik flight and nak solat,nak ikut waktu solat mana? Haa..ikut waktu tempatan,tempat kite bertolak.
Bertayamum boleh gna apa juga jenis debu yang diyakini bersih. Kalau delam flight,memadai la (ni kalau takde air) dengan tepuk kwsn tempat duduk (amek debu sket) dan bertayamum je.
Waktu nak start solat (takbiratul ihram saje) yang WAJIB hadap kiblat. Pastu just solat terus,tak kisah ngadap mana (ni kes pesawat tukar arah)
Rukhsah khuf (sapu air keatas stokin yang tebal dan tak berlubang) keatas musafirin selama 3 hari dan sehari saja buat yg tak bermusafiir (musim sejuk jadi sebab kenapa still pakai law of khuf ni,sejuk nak wudhu)
Kiblat sebenarnye memadai dengan mengahdap tanah haram. Tak la exact ke kaabah. (payah nak tepat!)
Sebarang mnde haram yang berubah bentuk fizikal (lemak babi > proses kimia > bahan kimia) menjadi bahan baru lantas hukum yang baru yakni halal. Rujuk artikel fiqh utk penjelasan.
Salam dibenarkan kecuali dengan niat bernafsu syahwat (kalau cmni,kes takleh elak nk kne salam lain jantina)
Baginda menyebut dalam hadis cuma air liur anjing yang disamak sebanyak 7 kali. Lain2 bahagian anjing jatuh dalam najis mutawassitah.
Boleh memakan sembelihan ahli kitab (jews especially sebab diorg still practise sembelihan) dan ahli kitab ni menganut agama yang asalnye dari allah dan hukum dari allah meski sudah terseleweng.
So ni adelah summarise dari apa yang aku catat. Dalilnye ade sekali,jangan risau,cuma blom nak tulis lagi,hehe. So slot ni berlanjutan selama 2 jam dan sangat best,sebab banyak sgt explain segala kekeliruan. Mazhab dan sebagainya,memang byk dipelajari.
Sesi LDK lepas dengar ceramah tu.
Petang tu lak kitorg diserikan dengan game explorace+kembara hutan+jungle trekking. Yang ni aku paling suka,memang puas bila aku dapat completekan mende tu, dan siap dapat solat dalam hutan. Bila aku da complete sume aktiviti ni,aku still tak paham nape aku muntah kat trek Broga,padahal trek ni lagi mencabar. Huu,fobia tol broga tu. Nk tgk gmbrnye? Ade dalam video yang aku letak kat bawah nnt.
Malam tu lak ade slot ceramah lagi,dan kali ni bkn calang2 orang yang bagi. Seorang lelaki yang namanye digeruni di University of Oxford. Oxford tu sendiri org da gerun nak dengar,lagi la dia ni digeruni dgn kehebatannye kat sana. Prof Mohd Zaini,twice jadi fellow kat Oxford,hadir dan berkongsi pengalamannye dari dia belajar physics kat US sampai la sekarang. Overall,seronok dan first time aku langsung tak ngantok sebab terlalu teruja dgr ceramah dia. :)
Abes je ceramah malam tu,kitorg main game macam2,game ukhuwah lagi la,hehe. Sampai pecah2 tingkap cermin sume. Memamng ganas dan malam tu aku main sampai berpeluh2 and kena mandi lagi sekali malam tu,huu~. Malam tu tak tido awal sebab seronok sangat habiskan ayam BBQ n nasi goreng yang muslimat tak abes makan malam tu. :P
Sok paginye,pagi yang terakhir adelah sesi ceramah gak. Cuma pagi tu di pihak muslimin,kitorg diajak ntok senam pagi bersama uncle JPAM. Eh,silap...pakcik BTN. Senaman BTN dan larian setempat BTN,sebijik mcm pakcik Sani yang latih kitorg kat kem BTN Kuartes KLIA. hahah. Ceramah pagi tu bersama encik Shamsul,bekas pelajar negara. Sama macam semalam,tentang dunia oversea. Tu je. :P
Agak2 penat dgr ceramah,amek gmbr ngan fasi and model yg blakon dlm trailer promo JOM
So bila da tamat sesi perkongsian,tibalah saat yang paling aku tak tunggu,sesi closing ceremony. Alaa~ dah abes ke JOM ni? pergh.. So,majlis perkongsian ni berlangsung dan byk la sgt ucapan dia. Tapi aku pon amek port gak,bila dia tnye comment dari peserta,aku yang first pergi. Aku pon tak tau amende yang aku ckp kat mic tu masa sesi mengomen tu.
Sesi penutup JOM. Abg komandan, Muzal sdg ckp ape ntah,lupa da.
So bila berakhir sume tu,maka officially this program has come to its end. Abes suda,huu. Kemas2 barang,kami semua pon berpelukan la,amek nombor (dak laki je,aku tak usha lain,haha) dan sempat la kitorg ucap slmt berjaya kpd kwn2 INTEC,KYUEM,dan lain2 yang akan amek result A-Level diorg 11 Ogos ni. Kitorg balik semula ke KL sentral dgn bas dan sebelum balik tu,aku sempat la gak lepak makan McD ngan member jap. Tak puas makan BBQ lg ke kat JOM? XD.
So,overall program ni,aku rasa kalau aku tak pergi,memang silap besar la. Banyak mende yang aku belajar dan dapat dari program ni. Tak lupa kwn2,seniors yang sporting,sayang u all,dan sape2 nak ilmu tambahan tentang persiapan fiqh dan ilmu agama kat luar negara,aku sarankan boleh la korg baca buku ni:
Harga? RM 19.00 je,tapi sgt berguna.
So,itu saje ntok edisi kali ni,sebelum aku akhiri karangan panjang lebar,memoir aku kat sana,ade satu video yang korg leh tengok,nto dapatkan gambaran lebih jelas cmne program tu,macam aktiviti jungle trekking dan solat dalam hutan,dan ukhuwah games. K,semoga berjumpa lagi,salam! :)
Posted by
IKRAM Ireland |
Saturday, August 6, 2011
*Ar-Rumaisa' (Halwa Hati):
Izinkan saya berkongsi sebuah artikel yang saya baca, yang saya rasakan menarik untuk difikirkan bersama, terutamanya bagi kita intelek muda yang mencintai tanahair dan umat ini, inshaAllah. Ramadhan Mubarak! ~ we never stop thinking.
Sekiranya terdapat Mukmin yang Sahih pasti ada Jalan-jalan Kejayaan keseluruhannya
Pada bulan Mei 2010, rakyat Malaysia telah dikejutkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apabila beliau mengatakan bahawa Malaysia akan mengalami nasib seperti Greece, yakni mungkin menjadi muflis, jika subsidi kerajaan tidak dipotong dengan segera. Tambah beliau, hutang kerajaan juga akan meningkat menjadi 100% berbanding KDNK negara. Oleh kerana itu, beliau mengatakan rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa kos elektrik, tol, perkhidmatan kesihatan kerajaan, pelajaran, minyak petrol, dan makanan perlu dinaikkan demi menjamin kestabilan persekitaran sosial dan politik negara di masa hadapan. Untuk mengukuhkan hujah beliau, Idris Jala memberikan beberapa fakta. Antara lain, jumlah subsidi kerajaan pada tahun 2009 ialah RM74 billion atau RM12,900 setiap isi rumah yang dipecahkan seperti berikut – Sosial (RM42.8bil), Petrol (RM23.5bil), Infrastruktur (RM4.6bil) dan makanan (RM3.1bil). Akhir sekali Idris Jala memberi amaran tentang defisit belanjawan kita yang tersangat tinggi iaitu RM47 billion. Oleh itu beliau meramalkan bahawa jumlah hutang negara akan meningkat menjadi RM1,158 bilion pada tahun 2019 jika kadar defisit itu dikekalkan.
Gambaran yang diberikan oleh Idris Jala meresahkan ramai pihak termasuk di kalangan penyokong kerajaan sendiri. Ada yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Adakah keadan begitu teruk sehinggakan tidak ada alternatif lain? Adakah betul punca kepada masaalah kita ialah fenomena ketagihan subsidi di kalangan rakyat atau adakah ianya kerana kerajaan gagal mengurus kewangan kita dengan baik?
Respon pihak parti pembangkang dalam hal ini sangat mudah. Mereka mengatakan bahawa punca utama masalah ialah kegagalan kerajaan menguruskan kewangan negara. Oleh itu penarikan subsidi tidak boleh dibenarkan kerana akan membebankan rakyat. Mereka juga mengatakan bahawa jika pemerintahan negara di tangan mereka, subsidi tidak akan ditarik balik kerana mereka mampu menguruskan kewangan negara dengan lebih cekap dan efisyen.
Siapakah yang lebih betul dalam hal ini? Adakah perlu bagi rakyat untuk mengganti kerajaan BN dengan kerajaan PR supaya subsidi akan terus dikekalkan untuk rakyat?
Apakah itu subsidi? Untuk memahami isu-isu ini dengan lebih mendalam ada baiknya kita memahami konsep subsidi dahulu dengan lebih mendalam. Subsidi adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada sesebuah sektor perniagaan. Banyak kes subsidi melibatkan bantuan kerajaan kepada pengeluar di dalam sesebuah industri untuk membantu memajukan industri tersebut. Contoh terbaik ialah bantuan kerajaan kepada Proton dalam industri kereta. Ada juga bentuk subsidi yang diberikan kepada sesebuah industri untuk menghalang harga dari naik. Contoh terbaik ialah subsidi minyak petrol dan subsidi makanan. Terdapat juga bentuk subsidi untuk memastikan perkembangan sektor tertentu seperti subsidi baja dalam sektor pertanian.
Isu subsidi juga adalah isu yang hangat dibincangkan di dalam bidang perniagaan antarabangsa. Ia dilihat sebagai tindakan protectionist atau perlindungan dan oleh itu merupakan satu bentuk sekatan kepada perdagangan antarabangsa. Ini kerana subsidi menjadikan harga keluaran tertentu dalam negeri menjadi murah berbanding harga keluaran yang diimport dan seterusnya akan mengurangkan dayasaing barangan yang diimport. Bayangkan jika ahli perniagaan Malaysia ingin mengeksport batik kita ke negara Indonesia tetapi berhadapan dengan batik yang lebih murah di sana hanya semata-mata kerana pengusaha batik Indonesia mendapat bantuan kerajaan dan bukan kerana mereka adalah lebih cekap atau lebih efisyen. Sudah tentu pengeluar batik Malaysia akan berasa tidak berpuas hati. Maka itulah juga perasaan pengeskport kereta dari negara lain terhadap Proton. Sebagai contoh, syarikat kereta dari Korea atau China adalah lebih efisyen berbanding Proton. Namun mereka sukar mengalahkan Proton di dalam pasaran Malaysia kerana harga kereta Proton adalah lebih murah disebabkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Dalam hal ini, subsidi telah menyumbang kepada distortions (pembelokan) di dalam pasaran di mana pengeluar yang lebih efisyen tidak dapat mengalahkan pengeluar yang tidak efisyen kerana campur tangan pihak kerajaan. Di samping itu, subsidi seperti ini juga melibatkan kos yang sangat tinggi kepada kerajaan dan rakyat.
Sebenarnya baik buruk subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah bergantung kepada perspektif golongan mana yang terlibat. Sebagai contoh, dalam kes subsidi yang diberikan kepada Proton, ianya sudah tentu adalah baik bagi pemilik syarikat Proton, pekerja Proton dan juga syarikat yang menjadi pembekal kepada Proton (Proton Vendors) serta pekerja mereka. Tetapi dari perspektif rakyat Malaysia secara umum, bukan semua akan menikmati kebaikan ini. Bagi golongan rakyat Malaysia yang tidak ada kaitan dengan Proton dan tidak berminat untuk membeli kereta Proton, tidak banyak kebaikan yang mereka perolehi walaupun mereka juga menanggung kos bantuan yang diberikan kepada Proton. Jika subsidi kepada Proton ini adalah untuk membantu menjual kereta Proton dengan harga yang rendah di pasaran luar negara, ini bermakna golongan yang beruntung adalah pengguna luar negara tersebut yang telah mendapat bantuan kewangan dari rakyat Malaysia.
Bagaimana pula dengan subsidi yang lain, seperti subsidi tol? Sekali lagi golongan yang paling beruntung ialah golongan yang menggunakan jalan bertol setiap hari serta pengguna dari Singapura dan Thailand yang langsung tidak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan. Golongan yang paling tidak mendapat keuntungan dari subsidi tol adalah golongan yang langsung tidak menggunakan jalan bertol kerana mereka masih terpaksa menyumbang secara tidak langsung kepada kos pembinaan dan penyeliaan jalan bertol tersebut.
Keadaan ketidakadilan ini juga jelas berlaku dalam kes subsidi minyak petrol (yang berjumlah RM23.5 bilion pada tahun 2009) kerana wujudnya ketidakseimbangan pengagihan kosnya kepada semua rakyat. Sebenarnya golongan yang paling beruntung dalam kes ini ialah orang asing yang menggunakan kenderaan di Malaysia kerana mereka tidak membayar apa-apa cukai pendapatan kepada kerajaan. Golongan kaya juga beruntung kerana kenderaan yang mereka gunakan adalah besar dan menggunakan banyak petrol. Walaupun perbelanjaan kos petrol bulanan mereka mungkin tinggi, namun jumlah subsidi yang diterima oleh mereka juga adalah tinggi. Sebaliknya golongan miskin secara relatif mendapat manfaat yang sedikit sahaja dari subsidi ini, terutama sekali di kalangan yang memakai motosikal kapcai sedangkan mereka juga menanggung kos subsidi yang besar ini dalam bentuk cukai pendapatan yang dibayar kepada kerajaan.
Satu cara mengatasi kesan ketidakadilan di atas adalah dengan kerajaan mengambil langkah diskriminasi dalam pengagihan subsidi iaitu dengan memberikannya kepada golongan yang paling memerlukan bantuan. Kaedah `targeted subsidies’ ini sudah lama diamalkan di beberapa negara termasuk negara kita sendiri di mana bantuan kerajaan ditujukan khas kepada golongan miskin. Contoh-contoh bentuk bantuan kepada golongan ini ialah pengecualian pembayaran bil air jika penggunaanya sedikit, boucer atau stamp makanan (food stamps), biasiswa, bantuan buku teks, bantuan kos perumahan, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain. Namun kos pentadbiran skim bantuan yang berbentuk diskriminasi ini adalah sangat tinggi dan kadangkala tidak praktikal untuk digunakan dalam kes tertentu seperti subsidi minyak petrol. Dari manakah kerajaan memperolehi sumber kewangan untuk membayar kos subsidi? Jawabannya adalah dari segala pendapatan kerajaan sama ada dari cukai atau dari sumber lain seperti pendapatan dari Petronas dan keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan yang lain. Jika pendapatan sesebuah kerajaan adalah tinggi maka kita akan mendapati bahawa kemungkinan subsidi yang diberikan kepada rakyatnya juga adalah tinggi. Sebagai contoh, di Saudi Arabia, subsidi diberikan kepada rakyat dalam berbagai sektor termasuk petrol, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran. Tambahan pula rakyatnya langsung tidak membayar apa-apa bentuk cukai pendapatan. Ini adalah kerana kerajaan Arab Saudi memperolehi pendapatan yang tinggi dari sumber minyaknya. Pada tahun 2010 pendapatan kerajaan Arab Saudi adalah USD185.1 billion sementara perbelanjaannya hanyalah USD173.1 billion. Oleh kerana itulah kerajaan Arab Saudi tidak merasa tertekan dengan perbelanjaan subsidi kepada rakyat walaupun rakyat tidak menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai pendapatan.
Hutang negara Di Malaysia, perbelanjaan kerajaan pada tahun 2010 ialah RM205,468 bilion sementara pendapatan hanya RM162,131 bilion. Inilah yang menghasilkan keadaan di mana defisit belanjawan kita ialah RM43,337 bilion dan akan ditambahkan lagi kepada hutang yang terkumpul dari tahun-tahun yang lepas.
Langkah-Langkah Bagaimanakah kerajaan boleh mengurangkan defisit tersebut di atas? Satu cara ialah dengan menambahkan pendapatan melalui penambahan cukai pendapatan atau cukai-cukai lain. Tetapi ini adalah satu kaedah yang tidak popular dan akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan merosot.
Satu lagi cara ialah dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, baik dalam aspek operasi dan juga aspek pembangunan. Di dalam aspek operasi, salah satu elemen kos utama ialah penggajian. Adalah amat sukar untuk mengurangkan kos penggajian kerana sebarang usaha untuk memotong gaji akan membuat kerajaan langsung tidak popular. Satu lagi cara ialah dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna projek-perojek pembangunan seperti jalan raya, kampus universiti dan bangunan sekolah baru diberhentikan atau dipotong. Ini juga akan membuat ramai golongan tidak akan berpuas hati kerana ramai yang mendapat pendapatan melalui projek seperti ini, terutama sekali dari kalangan kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan serta juga sub-kontraktor mereka dari kalangan bumiputera dan juga bukan bumiputera. Apabila, Datuk Abdullah Badawi cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bidang pembinaan, ramai peniaga-peniaga Melayu dari berbagai golongan – baik dari pembekal makanan ke tapak pembinaan mahupun kontraktor binaan dan arkitek, merasa tidak senang hati dan ini telah menggugat kedudukan politik beliau. Akhirnya beliau terpaksa menarik balik keputusan tersebut dan menambahkan perbelanjaan dalam bidang pembinaan melalui dana yang dipinjam dan seterusnya menyebabkan defisit dan hutang terkumpul kerajaan semakin meningkat.
Satu cara lagi bagi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan ialah dengan mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan. Ini boleh dilakukan dengan melaksanakan langkah penjimatan. Sebagai contoh jabatan kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti mengurangkan majlis di hotel-hotel, mengurangkan kos hadiah dan cenderamata yang diberikan dalam majlis-majlis tersebut, mengurangkan lawatan keluar negara oleh pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain perbelanjaan yang tidak perlu. Di samping itu, perbelanjaan boleh dikurangkan jika peraturan proses pemberian kontrak kerajaan diperketatkan untuk mengurangkan rasuah. Kita semua tahu bahawa sering terdapat fenomena ‘cost inflation’ dalam pemberian kontrak kerajaan. Bahkan ini adalah cara bagi sesetengah ahli politik memperolehi sumber dana untuk membiayai aktiviti politik mereka.
Tetapi… Malangnya dalam suasana masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tertekan akibat beban hutang, langkah penjimatan di atas sering dibangkang oleh rakyat sendiri. Sebagai contoh langkah untuk tidak mengadakan majlis atau seminar kerajaan di hotel-hotel telah dikutuk oleh persataun pemilik hotel tempatan kerana menurut mereka ini tidak akan membantu perkembangan sektor perhotelan. Begitu juga langkah mengurangkan pemberian cenderamata dan hadiah akan melembapkan sektor-sektor yang terlibat. Langkah mengurangkan lawatan ke luar negara akan mengurangkan pendapatan agen penjualan tiket serta pendapatan syarikat penerbangan MAS dan Air Asia.
Di samping itu, apabila kebanyakan ahli masyarakat tidak mempunyai etika yang tinggi dan juga tidak bertaqwa, adalah amat sukar untuk menghapuskan masalah ‘cost inflation’ di dalam projek-projek pembangunan kerajaan. Hakikatnya ialah sebahagian besar rakyat sering melihat pemimpin politik mereka sebagai sumber untuk memperolehi bantuan kewangan. Bagi mereka pemimpin politik yang sering menghulurkan wang tunai kepada rakyat adalah pemimpin yang layak mendapat sokongan mereka walau pun pemimpin itu mungkin tidak bermoral. Pemimpin politik yang berprinsip dan bermoral tetapi tidak sering menghulurkan wang tunai kepada rakyat adalah pemimpin yang `kedekut’ dan tidak layak mendapat undi mereka.
Jelaslah langkah untuk menghapuskan masalah ‘cost inflation’ serta rasuah akan mengambil masa yang panjang. Penghapusan rasuah memerlukan pentarbiahan ahli masyarakat dari bawah hingga ke atas. Kalaupun kerajaan yang sedia ada dapat ditumbangkan kerana rakyat sudah muak dengan penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah yang berleluasa, namun adalah amat `naïve’ untuk kita mengharapkan bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut akan hilang dengan sekelip mata.
Oleh kerana sulitnya bagi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan dengan cara-cara di atas, maka kerajaan sekarang sedang memikirkan alternatif lain iaitu dalam bentuk mengurangkan subsidi seperti yang disebut di awal artikel ini yang berjumlah RM74 billion pada tahun 2009. Tetapi seperti yang diketahui, langkah ini juga adalah sangat tidak popular kerana ianya akan menambahkan beban perbelanjaan kepada rakyat. Setiap kali kerajaan bercakap tentang keperluan untuk mengurangkan subsidi, ia akan membuat pihak pembangkang senyum kerana ini akan membuat kerajaan hilang populariti di kalangan pengundi. Pembangkang seterusnya akan menggunakan isu ini sebagai modal kempen politik mereka. Kerajaan yang memerintah sekarang juga sedar akan hakikat ini dan oleh itu sebenarnya tidak akan sewenang-wenangnya memotong subsidi.
Oleh kerana semua langkah penjimatan perbelanjaan adalah sukar dilakukan dan tidak popular di kalangan rakyat, maka sebenarnya apa yang sentiasa berlaku ialah kerajaan akan terus mengalami belanjawan defisit dan menampung defisit tersebut dengan cara meminjam dari berbagai-bagai sumber termasuk dari institusi kewangan dan pelabur individu dari dalam dan luar negara. Inilah sebenarnya jalan yang paling mudah dan ‘selamat’ (dari segi politik) bagi pihak kerajaan dalam jangka masa pendek. Tidak seperti di Amerika di mana ada golongan, terutama sekali dari kalangan penyokong parti Republikan yang sangat bencikan amalan kerajaan menambahkan hutang, di Malaysia tidak wujud golongan yang lantang menentang amalan kerajaan menambahkan hutang.
Hatta, di kalangan pendakwah dan penyokong Islam sekalipun, ramai yang tidak tahu menahu langsung tentang amalan kerajaan berhutang ini dan hampir kesemua mereka tidak tahu jumlah hutang terkumpul kerajaan. Ramai di kalangan mereka, termasuk dari kalangan gerakan Islam yang Syumul (yakni yang memahami Islam sebagai agama yang mempunyai skop yang luas termasuk dalam bidang ekonomi) lebih lantang menentang rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi berbanding dengan rancangan kerajaan menambahkan hutang untuk membiayai subsidi tersebut. Ini mungkin kerana mereka kurang sedar tentang elemen riba dalam hutang kerajaan serta jumlah beban hutang terkumpul kerajaan. Mereka juga mungkin tidak peka tentang implikasi jangka panjang kepada kestabilan politik dan sosial negara akibat dari masalah hutang tersebut.
Oleh kerana itulah walaupun kerajaan sering menyatakan hasrat untuk mengurangkan subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan negara, namun hakikatnya ialah besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat. Ini terutama sekali dalam tahun-tahun yang berdekatan dengan pilihanraya. Subsidi, walaupun memang akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan, namun ia akan terus dikekalkan supaya rakyat dapat hidup dengan `selesa dan senang’ demi untuk mengurangkan modal politik pihak pembangkang dan seterusnya menjamin kemenangan kerajaan di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya beberapa individu sahaja yang akan memarahi tindak tanduk kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini, yang memindahkan beban membayar hutang negara kepada generasi akan datang yakni anak-anak dan cucu-cucu kita. Namun demikian, besar kemungkinan individu-individu ini akan dimarahi pula oleh rakyat yang lain yang merasakan bahawa isu hutang kerajaan ini tidaklah penting berbanding dengan isu keperluan untuk memastikan subsidi akan terus dikekalkan demi keselesaan kehidupan mereka sekarang.
Sebenarnya langkah jangka panjang untuk menyelesaikan masalah di atas ialah dengan mewujudkan satu suasana di mana rakyat mempunyai darjah ketaqwaan yang tinggi serta mempunyai thiqah (kepercayaan) yang juga tinggi kepada pemimpin yang dilantik dari kalangan mereka. Dalam suasana seperti itu, besar kemungkinan ramai dari kalangan rakyat akan menjadi penderma sukarela kepada kerajaan. Inilah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana sahabat baginda dengan sukarela mensedeqahkan harta mereka kepada negara dengan jumlah yang banyak. Di zaman itu dan zaman berikutnya, amalan rakyat ‘mewaqafkan’ harta mereka kepada kerajaan Islam adalah lumrah dan oleh itu fenomena kerajaan terpaksa meminjam adalah jarang berlaku. Dalam erti kata yang lain, tumpuan rakyat yang lebih kepada kehidupan yang selesa di akhirat kelak berbanding dengan kehidupan dunia yang sementara ini akan membuat mereka lebih cenderung untuk `memberi’ berbanding dengan `meminta’ dari kerajaan. Sebaliknya kalau diperhatikan sekarang ini tidak ramai golongan yang berminat untuk mewaqafkan harta mereka kepada kerajaan sehinggakan kebanyakan masjid yang dibina adalah dari sumber kerajaan dan bukan secara langsung dari derma rakyat.
Berbalik kepada persoalan samada subsidi pada ketika itu patut diteruskan atau diberhentikan sebenarnya bergantung kepada keadaan pendapatan dan perbelanjaan negara pada masa itu. Jika pendapatan kerajaan masih melebihi perbelanjaan walaupun terdapat perbelanjaan subsidi, maka sudah tentu subsidi harus dikekalkan terutamanya kepada golongan miskin. Tetapi jika pendapatan adalah tidak mencukupi (atas beberapa sebab seperti kurangnya hasil minyak pada masa itu) besar kemungkinan kerajaan akan memberhentikan subsidi kerana mahu mengelakkan dari meminjam dari sumber yang tidak halal.
Berdasarkan hujah di atas maka jelaslah bahawa isu-isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan hutang kerajaan adalah sebenarnya bukan punca utama masalah masyarakat. Isu-isu tersebut hanyalah simptom kepada penyakit utama masyarakat iaitu kekurangan sikap taqwa kepada Allah. Hanya apabila setiap ahli dalam masyarakat bertaqwa kepada Allah, maka kita akan dapat mewujudkan suasana di mana rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan pembaziran dapat dihapuskan, dan perbelanjaan kerajaan juga akan dapat ditampung oleh pendapatan negara yang ada. Pada masa itu juga, besar kemungkinan isu ‘subsidi’ langsung tidak akan menjadi topik perbincangan.
Wallahua’lam.
Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail (sumber : www.malaysiaharmoni.com)